PERKEMBANGAN PERSONALITI
REMAJA MENURUT ISLAM
1. PENGENALAN. Sejak beberapa tahun kebelakangan
ini, Negara Malaysia sering dilanda pelbagai masalahdalaman seperti
masalah sosial dalam masyarakat serta masalah mendapatkan
peluangpekerjaan oleh mahasiswa mahasiswi tempatan. Masalah sosial
dalam masyarakat khususnya yang melibatkan para remaja umumnyadikaitkan
dengan kegagalan pihak ibubapa, guru dan masyarakat dalam mendidik
merekamenjadi individu yang berguna. Kurangnya didikan akhlak oleh
ibubapa merupakan salahsatu faktor yang menyebabkan para remaja mudah
terjerumus ke dalam gejala tidak sihat.Begitu juga dalam masalah
mendapatkan peluang pekerjaan oleh para mahasiswa danmahasiswi walaupun
telah memperoleh ijazah kelas pertama. Jika difikirkan dan dikaji,
kedua-dua masalah ini ada kaitannya dengan personaliti.Remaja yang
tidak dibentuk dengan personaliti yang baik akan membina personaliti
merekasendiri melalui hubungan mereka dengan rakan sebaya. Ahli
psikologi Barat, Ericson adamengemukakan 8 tahap perkembangan
psikososial. Menurutnya, pada tahap 5 iaitu tahapidentiti lawan
kecelaruan peranan, para remaja yang berumur dalam lingkungan 12 hingga
18tahun mula mencari-cari identiti yang sesuai dengan mereka. Justeru,
tidak hairanlah jikaremaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka
lebih-lebih lagi mereka tidakdidampingi oleh ibubapa yang sibuk dengan
urusan kerja. Mereka rasakan bahawa rakanmerekalah yang paling memahami
diri mereka. Tanpa bimbingan akhlak dan nilai murni,terlalu mudahlah
untuk mereka terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Berbalik
semula kepada soal kegagalan mahasiswa mendapatkan peluang
pekerjaanpula, hubungan personaliti amat ketara dalam aspek ini.
Kebanyakan pelajar samada diperingkat sekolah atau pun institusi
pengajian tinggi, mereka lebih didedahkan denganpendidikan yang hanya
berfokus kepada pembinaan intelek sahaja. Namun, tanpa merekasedari,
mereka telah terlepas pandang terhadap satu lagi aspek penting yang
mampu memberikelebihan kepada diri mereka pada masa akan datang, iaitu
aspek personaliti. Kebanyakanmereka gagal ditemuduga kerana mereka tidak
mempunyai kemahiran berkomunikasi, takutmengeluarkan pandangan serta
tidak berkeyakinan. Sektor pekerjaan pada masa kini menuntutpara pekerja
memiliki kemahiran berkomunikasi dan interpersonal yang tinggi untuk
bersaing.Kemahiran-kemahiran ini adalah rangkuman daripada nilai-nilai
personaliti.
2. 2 Namun, apa yang ingin dikupas dalam
perbincangan ini ialah personaliti yangdibentuk dan dikembangkan
seharusnya selaras dengan ajaran Islam. Hal ini kerana,personaliti yang
berteraskan Islam sahaja yang mampu membantu para remaja
mendepanicabaran semasa dengan lebih yakin. Ahli-ahli psikologi Barat
telah mengemukakan banyakteori tentang manusia seperti personaliti dan
tingkah laku, yang mana ada di antaranya yangbertentangan dengan Islam.
Disiplin psikologi Barat telah mengenepikan paradigma Tuhan,sebaliknya
lebih memusatkan paradigma hidup yang tidak mementingkan pengertian
dankualiti spiritual. Konsep manusia yang terdapat dalam disiplin
psikologi dari perspektif Islam bukanlahbererti bahawa disiplin dari
barat ditolak secara total tetapi apa yang seharusnya dilakukanadalah
menyerapkan nilai-nilai spiritual pada konsep-konsep manusia khususnya
dalambidang psikologi berkenaan dengan personaliti yang terdapat dalam
teori tersebut. Hal inilebih utama untuk diterapkan dalam diri remaja
kerana perjalanan dalam memperkembangkanpersonaliti remaja akan memberi
kesan dan pengaruh kepada mereka apabila mereka sudahdewasa kelak. Oleh
itu, adalah wajar sekiranya kita membincangkan tajuk yang
berkenaandengan perkembangan personaliti remaja menurut Islam.
3.
3 2. KONSEP DAN PENDEFINISIAN2.1 PerkembanganMenurut Shaffer
(1999), perkembangan merupakan suatu proses perubahan yang
kompleks.Proses perubahan yang dilalui itu adalah bersifat kuatitatif
dan kualitatif. Menurut Lee (1994), perkembangan kuantitatif
merupakan perubahan fizikal yangberkuantiti iaitu dapat diukur dan
diperhatikan dengan nyata. Beliau merumuskan bahawaperkembangan
merupakan proses perubahan yang mana individu menyesuaikan diri
terhadappersekitaran. Oleh yang demikian, proses itu mencakupi
pertumbuhan, pematangan danpembelajaran. Oleh itu, perkembangan bukan
hanya membawa perubahan fizikal badan tetapijuga disertai dengan
kemajuan dalam kemahiran manipulatif, aktiviti jasmani, keupayaanmental
dan rohani. Dengan kata lain, perkembangan merupakan perubahan yang
berkualitiiaitu ia sukar diukur secara kuantiti tetapi boleh
diperhatikan dengan membandingkan sifatyang terdahulu dengan sifat yang
sedang terbentuk. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa manusia
mengalami beberapa peringkatperkembangan. Peringkat pertama ialah
al-janin, iaitu peringkat anak berada di dalamkandungan ibunya.
Peringkat kedua ialah al-tifl, iaitu peringkat pada usia awal
kanak-kanak.Ketiga ialah peringkat al-tamyiz iaitu peringkat anak-anak
yang telah dapat membezakanmana yang baik dan buruk. Pada peringkat ini
jugalah akal mereka telah mula berkembangdan dapat memahami sesuatu
ilmu. Peringkat keempat ialah peringkat al-auliya dan al-anbiya.
Peringkat remaja juga merupakan satu tahap perkembangan dalam diri
manusiakerana keremajaan itu sendiri diertikan sebagai proses membesar
atau meningkat dewasa.2.2 PersonalitiDari perspektif Islam,
personaliti merujuk kepada perkataan Arab ‘sahsiah’ atau ‘akhlak’yang
dimiliki oleh seseorang. Perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab
yang membawamaksud budi pekerti, perangai, tingkahlaku (tabiat) dan adat
kebiasaan (M. Ali Hassan 1984:10). Akhlak terbahagi kepada 2 bahagian
iatu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Akhlak inilahyang menentukan
ketrampilan dan sikap individu itu sendiri. Menurut Kamus Dewan
edisi ketiga, personaliti bermaksud keperibadian danperwatakan.
Personaliti berasal daripada perkataan Latin iaitu persona atau
personalitas yangbermaksud topeng.
4. 4 Encyclopedia
Dictionary of Pcychology menyebut personaliti sebagai satu konsepyang
global yang mempunyai beberapa makna. Pertama ia merujuk kepada
tingkahlaku danperangai yang biasanya ada pada setiap individu. Kedua ia
merujuk kepada cantumankesedaran diri atau ego.Ketiga ia adalah topeng
bagi sosial.2.3 RemajaZaman remaja digambarkan sebagai zaman yang
penuh dengan tekanan dan kecelaruan emosiakibat pelbagai perubahan pada
diri, mental dan nilai konflik. Peringkat remaja juga adalahperingkat
percubaan untuk mengenal, mengetahui, belajar dan akhirnya membina
sikap,pendirian, watak dan tingkah laku, perangai dan juga kebiasaan
terhadap sesuatu perkara atauamalan. Dalam Islam, remaja
dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu peringkat pertama adalahperingkat
selepas bermimpi yang usianya bermula daripada 12 tahun atau 13 tahun
sehinggake 21 tahun. Peringkat yang kedua pula adalah peringkat
kematangan yang mana bermuladaripada usia 22 tahun hingga 30 tahun.
Dalam Islam, peringkat pertama dianggap remaja,iaitu bermula daripada
baligh hingga ke usia 21 tahun (Abdullah Nasih Ulwan 1989 : 47).
Peringkat awal remaja bermula kira 12 tahun hinggalah 15 tahun.
Sungguhpun begitu,peringkat remaja perlu dilihat sebagai suatu proses
bukannya sebagai satu jangka masa (JasLaile Suzanar, 2000).2.4
Perkembangan Personaliti Remaja Menurut IslamSecara konseptualnya,
Perkembangan Personaliti Remaja Menurut Islam bolehlahdidefinisikan
sebagai suatu proses perubahan peribadi, tingkah laku, akhlak, persepsi
dan caraseseorang remaja ke arah yang lebih baik selari dengan ajaran
Islam.
5. 5 3. PERKEMBANGAN PERSONALITI REMAJA MENURUT
ISLAMIslam telah membahagikan tahap kedewasaan manusia itu kepada 3
bahagian. Rasulullahs.a.w. menyatakan dalam hadisnya bahawa seseorang
anak itu adalah tuan sampai usia 7tahun, kemudia dia akan menjadi budak
dalam 7 tahun kedua serta akan menjadi wazir di 7tahun yang ketiga. Jika
karakter atau sikap yang terbentuk setelah 21 tahun itu disukai
olehibubapanya, maka itu adalah kebaikan dan jika sebaliknya, itu
bererti ibubapanya telahmendapat uzur daripada Allah. Apa yang
ingin diterangkan di sini adalah, dalam peringkat remaja, terdapat
2peringkat perkembangan setelah dia bergelar remaja iaitu pada peringkat
7 tahun kedua danketiga. Peringkat 7 tahun kedua dipanggil peringkat
awal remaja dan 7 tahun ketiga adalahperingkat akhir remaja.3.1
Peringkat Awal RemajaPeringkat awal remaja adalah peringkat seseorang
remaja itu berumur kira-kira 7 hingga 14tahun yang mana secara fizikal
dan kecerdasannya telah dianggap matang. Ia sudah bolehmembezakan antara
perkara-perkara yang baik dengan yang buruk dan secara
intelektualnya,ia telah bersedia untuk memulakan proses pembelajaran dan
pembinaan . Pembelajaran danpembinaan di sini dimaksudkan sebagai
pembelajaran bersifat akademik dan pembinaanwatak dan peribadi.
Pembelajaran bersifat akademik seperti membaca, menulis dan mengira
boleh ladipelajari secara formal di sekolah kerana pada peringkat ini,
mereka sudah dikira bersediauntuk menempuhi alam persekolahan. Melalui
persekolahan ini jugalah mereka akan berjinak-jinak membina hubungan
persahabatan dan ia juga sebagai peringkat awal dalam pembinaansikap dan
watak. Peringkat ini adalah peringkat yang penting dalam mendidik
golongan inikerana pada peringkat ini mereka mudah dididik. Mereka
seharusnya dibiasakan dalammelakukan perkara-perkara yang baik dan
meninggalkan perkara-perkara yang buruk. Hal inikerana, pembiasaan
melakukan kebaikan bermula dari peringkat awal akan menjadikanperkara
baik itu sebagai tabiat atau sikap dimasa hadapan kelak.
6. 6
Kemudian, menurut Kamarulzaman Kamaruddin (2009 :117) dalam bukunya
yangbertajuk Psikologi Perkembangan, beliau telah mengatakan bahawa
pada peringkat ini, remajaakan mengalami 6 peringkat perkembangan iaitu
fizikal, kognitif, emosi, sosioemosi, bahasadan sosial. Jika dilihat
dari perspektif Islam, setiap peringkat perkembangan ini
mempunyaipengaruhnya yang tersendiri dalam pembinaan personaliti
seseorang remaja dan padanyaterdapat kaedah-kaedah didikan yang telah
digariskan oleh Islam. Sebagai contoh, padaperingkat perkembangan emosi,
selalunya remaja pada peringkat ini sukar ditelah. Merekamengalami
pelbagai konflik dalam diri mereka sendiri seterusnya akan menyebabkan
merekamudah marah dan memberontak. Islam menganjurkan umatnya untuk
menjadikan sifat sabaritu sebagai pakaian. Oleh hal yang demikian,
ibubapa atau pun guru perlu mendidik danmenasihati mereka agar bersabar
dengan setiap kesulitan. Apabila sikap ini dibiasakan,golongan remaja
ini akan membentuk satu personaliti baik yang mana personliti
inidiungkapkan sebagai akhlak yang baik dalam Islam.3.2 Peringkat
Akhir RemajaPeringkat akhir remaja didefinisikan sebagai suatu peringkat
yang mana para remaja tersebutberumur dalam lingkungan 14 hingga 20
tahun. Pada peringkat ini, tidak kiralah samadaremaja lelaki atau pun
perempuan sudah hampir menyerupai orang dewasa dan sudah jauhberbeza
daripada ciri kanak-kanak yang dipunyainya dahulu. Tahap ini merupaka
tahap yanggenting untuk seseorang remaja itu mempelajari dan membentuk
sebuah personaliti yangdiingininya. Peringkat ini juga merupakan
peringkat yang mana golongan remaja ini akanmempraktikkan secara terus
segala apa yang telah dipelajari dan dididik oleh orang tuamereka
sewaktu di peringkat kanak-kanak dan awal remaja. Watak dan sikap yang
terbentukhasil didikan tersebut akan lahir sebagai personaliti. Namun,
personaliti ini tidak akan statikbegitu sahaja kerana pada peringkat
ini, remaja masih lagi tercari-cari personaliti yangbagaimana mahu
mereka sesuaikan dengan diri mereka. Menurut Imam al-Ghazali,
prosespembentukan akhlak (personaliti) berlaku secara beransur-ansur dan
berkembang sehinggamenuju kesempurnaan.
7. 7 Selain
itu, sesetengah daripada golongan ini menganggap mereka tidak boleh
lagidiperbudakkan kerana telah menjadi seorang yang mempunyai kematangan
dari segi rohani,jasmani, intelek dan sosial. Kematangan tersebut
menyebabkan mereka ingin mendapatkankebebasan yang sebanyak mungkin, dan
seterusnya menunjukkan identiti yang tersendiri.Oleh hal yang demikian,
Islam menyarankan agar remaja tersebut hendaklah sentiasa
diberinasihat, bimbingan dan anjuran sebagai alat pendidikan dalam
rangka membina keperibadianatau personaliti mereka selaras dengan ajaran
Islam.3.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Personaliti
RemajaSememangnya, perkembangan personaliti seseorang remaja adalah
dipengaruhi oleh pelbagaifaktor. Namun, antara faktor-faktor tersebut,
ada beberapa daripadanya yang boleh dianggappenting. Faktor-faktor
tersebut ialah rohani, keluarga, pendidikan, pengalaman dan
bidangpekerjaan. 3.3.1 KeluargaKeluarga boleh diandaikan sebagai
wadah utama dalam pembinaan sesebuah masyarakat.Keluarga juga merupakan
langkah pertama untuk melahirkan individu-individu yang mampumembawa
seribu satu kebaikan di atas bumi Allah ini. Kajian-kajian
psikologi dan pendidikan telah sepakat mengatakan bahawa rumahtangga dan
keluarga merupakan ejen utama dalam pembentukan peribadi dan
perlakuanseseorang dalam kehidupan. Oleh hal yang demikian, penting
untuk sesebuah keluarga itumenerapkan nilai-nilai Islam dan mendidik
rohani para ahli keluarganya agar hidup selarasdengan acuan yang telah
ditetapkan oleh Islam. Remaja yang dibesarkan daripada keluarga
acuan Islam akan berbeza daripada remajayang dibesarkan daripada
keluarga yang berlatarbelakangkan pendidikan Barat semata-mata.Hal ini
boleh diperhatikan secara zahir dari aspek ketrampilan, cara bergaul,
perwatakan dansebagainya. Iklim keluarga amat mempengaruhi pembentukan
dan personality remaja.Sebagai contoh, iklim keluarga yang mementingkan
disiplin akan melahirkan remaja yangmenepati masa, tidak melanggar
peraturan dan mampu melakukan sesuatu itu mengikutprosedur yang
ditetapkan tanpa sebarang bantahan dan rungutan.
8. 8 Selain
itu, sikap dan peribadi ahli keluarga amat mempengaruhi remaja. Seperti
yang telahdibincangkan, peringkat remaja ialah peringkat yang mana para
remaja ini berusaha untukmencari identiti. Mereka akan mencari contoh
teladan untuk diikuti. Justeru, ibubapaseharusnya menunjukkan contoh
teladan yang baik kepada anak-anak. Pepatah Melayu adamenyebut tentang
hal ini seperti, “Bapa borek, anak rintik” serta “Di mana tumpahnya
kuahkalau tidak ke nasi”. Peribahasa-peribahasa ini juga melambangkan
bahawa pengaruh ibibapaadalah kuat kepada anak-anaknya khususnya kepada
anak-anak yang sedang meningkatremaja. Hal ini jelaslh bahawa, keluarga
memainkan peranan yang penting dalamperkembangan personality seseorang
remaja. 3.3.2 RohaniIslam memandang bahawa personaliti adalah akhlak
yang lahir daripada rohani yang diisidengan ajaran Islam. Justeru,
rohani memainkan peranan yang besar dalam melahirkan remajaIslam yang
berpersonaliti. Remaja yang mempunyai didikan ataupun asas rohani
yang kuat pasti akanberpersonaliti menarik selaras dengan ajaran Islam
seperti bersopan santun, menutup aurat,tidak bersikap mazmumah dan
sebagainya. Personaliti-personaliti ini datangnya daripadarohani yang
sihat. Rohani yang sihat ini akan secara tidak langsung terjemah dalam
setiapperbuatan dan tingkahlaku seterusnya menjadi kebiasaan yang sukar
diubah dan akhirnya ialahir sebagai satu personaliti. Rohani yang penuh
dengan nilai-nilai Islam secara tidaklangsung akan membentuk diri remaja
itu dengan personaliti tersendiri. Sesungguhnya, akhlak ataupun
personality yang baik datangnya daripada sumber yangbaik. Sumber akhlak
dalam Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber inimenjadi
dasar dalam Islam termasuk akhlak. Al-Quran dijadikan sebagai sumber
akhlak danpersonality kerana ia bukanlah hasil kajian atau pemerhatian
manusia, tatapi adalah firmanAllah Yang Maha Bijaksana. Sebagai contoh,
didikan akhlak dan personality yang baik initelah difirmankan oleh Allah
dalam Surah al-Hujurat 49:12 yang berbunyi: ﻳﺎ أﻳﻬﺎ اﻟﺬﻳﻦ آﻣﻨﻮ
ا اﺟﺘﻨﺒﻮا ﻛﺜﲑ ﻣﻦ اﻟﻈﻦ إن ﺑﻌﺾ اﻟﻈﻦ إﰒ وﻻ ﲡﺴﺴﻮا وﻻ ﻳﻐﺘﺐ ﺑﻌﻀﻜﻢ ﺑﻌﻀﺎ أﳛﺐ
أﺣﺪﻛﻢ أن ﻳﺄﻛﻞ ﳊﻢ أﺧﻴﻪ ﻣﻴﺘﺎ ﻓﻜﺮﻫﺘﻤﻮﻩ
واﻟﺘﻘﻮا اﷲ إن اﷲ ﺗﻮاب رﺣﻴﻢ
9. 9 Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagiandari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahandan keaiban orang dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Selain al-Quran, Hadis
Nabi juga adalah sumber akhlak dan personaliti yang keduaselepas
al-Quran. Rasulullah ada menyatakan dalam hadisnya bahawa akhlak adalah
salahsatu pengukur samada sempuna atau tidak iman seseorang. Nabi s.a.w.
bersabda:
أﻛﻤﻞ اﳌﺆﻣﻨﲔ إﳝﺎﻧﺎ أﺣﺴﻨﻬﻢ ﺧﻠﻘﺎ Maksudnya: Orang
mukmin yang sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya.
Berpandukan segala keterangan di atas, jelaslah bahawa rohani yang
didasari denganiman yang kukuh akan melahirkan akhlak dan personaliti
unggul sepertimana yang telahdisarankan dalam Islam. 3.3.3
PendidikanSelain keluarga dan unsur rohani, aspek pendidikan juga
memainkan peranannya yangtersendiri dalam membantu perkembangan
personaliti seseorang remaja. Menurut Imam al-Ghazali, remaja akan
melalui perkembangan kognisi, emosi dan social.
Perkembangan-perkembangan ini amat berkait rapat dengan tahap pendidikan
yang ada pada seseorangremaja. Pendidikan yang tinggi mampu
menjadikan seseorang remaja itu berbeza daripadaremaja yang mempunyai
tahap pendidikan yang rendah. Hal ini dapat dilihat daripada cararemaja
itu bercakap, mengungkap dan menyuarakan pendapat, cara berfikir dan
sebagainya.Remaja yang berpendidikan biasanya akan mengeluarkan sesuatu
pendapat dengan lancar danberkesan di samping disokong dengan fakta dan
hujah-hujah yang bernas. Dalam membicarakan hal ini, jenis
pendidikan yang diterima oleh remaja itu jugamempengaruhi personaliti
dan pemikiran mereka. Contohnya, remaja yang diasuh dan dididik
10.
10denga terbiyah Islam akan bercakap dan berpendapat mengikut pandangan
Islam danditambah dengan ilmu-ilmu fardhu kifayah yang lain. Hal ini
berbeza pula dengan remajayang berpendidikan Barat semata-mata. Mereka
adakalanya melanggar etika dan menyalahisyarak ketika berhujah lantaran
menurut nafsu dan logik akal sahaja. Jelaslah di sini bahawa
pendidikan juga merupakan wadah perkembangan personalitiseseorang
remaja. 3.3.4 Bidang Yang DiceburiTidak dapat dinafikan bahawa sesuatu
bidang pekerjaan yang diceburi itu amatmempengaruhi personaliti
seseorang.Konteks ini bolehlah diungkapkan dengan jelas melalui 2
situasi kehidupan remaja. Remajayang menceburkan diri dalam bidang yang
berprofesion akan lebih berketrampilan yakin dankemas. Hal ini dapat
dilihat dari cara mereka berpakaian, bercakap dan berjalan. Mungkinyang
membentuk personaliti mereka ini adalah berpunca daripada etika-etika
yang telahdigariskan dalam bidang yeng mereka ceburi. Sebagai contoh,
profesion perguruan menuntutpara guru berpakaian kemas dan segak, sopan
dan sebagainnya. Hal ini berlainan dengan remaja yang menceburkan
diri dalam bidang seni. Pelukiscontohnya, akan berketrampilan santai dan
kurang kemas. Penampilan ini adalah lahir dariperspektif dan penilaian
terhadap seni itu sendiri. Artis pula lebih cenderung
berketrampilanbergaya dan mengikut arus fesyen semasa. Bidang hiburan
tidak begitu menekankan aspeketika dalam berpakaian. Oleh hal yang
demikian, bagi yang kurang ditarbiyah dengan ajaranIslam, mereka bebas
berpakaian mengikut citarasa tanpa memikirkan jenis pakaian yangmereka
kenakan. 3.3.5 PengalamanPembentukan dan perkembangan personaliti
seseorang remaja turut dipengaruhi olehpengalaman yang telah mereka
lalui samada pengalaman berbentuk yang negatif ataupunyang berbentuk
positif. Hal ini kerana, manusia menjadikan pengalaman itu sebagai
suatupembelajaran di dalam kehidupan. Remaja yang mempunyai
pengalaman hidup yang sukar biasanya akan lahir sebagairemaja yang tabah
dan kuat menghadapi mehnah hidup. Mereka mempelajari erti ketabahan
11.
11itu melalui liku-liku yang mereka tempuhi untuk terus hidup seperti
orang lain. Pengalaman-pengalaman yang pahit biasanya dijadikan
pengajaran pada masa hadapan manakalapengalaman-pengalaman yang baik
dijadikan inspirasi dan motivasi bagi mendapatkan hidupyang lebih
bermakna di kemudian hari. Remaja yang pernah mengalami pengalaman
pahit seperti didera ketika kecil akanmembesar dengan personaliti pasif
dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung berdiam diri,ketakutan dan
mudah beranggapan buruk terhadap orang lain. Hal ini kerana, kesan
penderaantersebut memberi pengajaran kepada mereka bahawa mereka perlu
sentiasa berwaspada danberanggapan bahawa setiap orang akan melakukan
perkara tidak baik terhadap mereka.Mereka turut menjadi manusia yang
tidak bersemangat dan sensitif. Hal ini berlawanan pula dengan
remaja yang membesar dalam suasana yang membina.Remaja yang mempunyai
pengalaman berpidato akan tampil dalam personaliti yangberkeyakinan.
Kejayaan-kejayaan yang pernah mereka capai dijadikan pembakar
semangatserta motivasi yang mana secara tidak langsung membentuk
personaliti yang baik dalam dirimereka.
12. 12 4.
KESIMPULANSetiap remaja akan melalui peringkat perkembangan mereka.
Perkembangan personalitimereka juga akan berlaku secara berperingkat
selari dengan perjalanan kehidupan merekamenuju kedewasaan.
Perkembangan personaliti yang didasari mengikut lunas-lunas Islam akan
melahirkangenerasi remaja Muslim unggul yang mana mampu menjulang maruah
bangsa, agama dannegara ke mercu kegemilangan. Perspektif Islam
menekankan bahawa perkembanganpersonaliti itu perlu diasaskan dengan
pembinaan akidah yang mantap dalam diri golonganremaja. Personaliti yang
baik akan lahir selari dengan pembentukan jiwa Muslim yangsebenarnya.
Islam menganjurkan kita membina personaliti berpandukan al-Quran dan
Sunnahdi samping mengambil kira pandangan ahli-ahli psikologi Barat
berkenaan dengan halpersonaliti ini. Sebagai umat Islam, kita
tidak boleh berpeluk tubuh dengan perkembangan ilmu yangpesat termasuk
bidang psikologi personaliti. Sarjana-sarjana Islam perlu menggali
ilmu-ilmuIslam dan mengetengahkannya ke dunia akademik untuk dikaji dan
dibahaskan. Lebihpenting, ilmu-ilmu Islam yang berteraskan wahyu dan
bersifat abadi bukan sahaja mampudijadikan alternative kepada ilmu-ilmu
Barat malah ia sesuai dengan fitrah manusia.
RUJUKAN.
Al-QuranShahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub. 2007. Teori
Personaliti Dari Perspektif Islam, Timur Dan Barat. Kuala Lumpur:
Penerbit PTS Profesional.Sidek Baba. 2010. Remaja Islam Kembali Pada
Pemikiran Al-Quran & Sunah. Shah Alam: Penerbit Alaf 21 Sdn
Bhd.Ab. Aziz Mohd Zin. 1999. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.Fariza Md Sham, Salasiah Hanin
Hamjah & Mohd Jurairi Sharifudin. 2008. Personaliti Dari
Perspektif Al-Ghazali. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.Kamarulzaman Kamaruddin. 2009. Psikologi Perkembangan. Tanjong
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Muhammad
Jamaluddin Ali Mahfuzh. 1996. Psikologi Anak Dan Remaja Muslim. Kuala
Lumpur: Penerbit Darulfikir.Fariza Md. Sham, Siti Rugayah Hj, Tibek
& Othman Hj. Talib. 2006. Dakwah Dan Kaunseling Di Malaysia.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Razali Saaran. 2010.
Hebatnya Cara Rasullullah Mendidik. Kuala Lumpur: Penerbit MUST
READ SDN BHD.Ibrahim Amini. 2006. Agar Tak Salah Mendidik. Jakarta:
Penerbit Al-Huda