PERKEMBANGAN PERSONALITI
REMAJA MENURUT ISLAM
1. PENGENALAN. Sejak beberapa tahun kebelakangan
ini, Negara Malaysia sering dilanda pelbagai masalahdalaman seperti
masalah sosial dalam masyarakat serta masalah mendapatkan
peluangpekerjaan oleh mahasiswa mahasiswi tempatan. Masalah sosial
dalam masyarakat khususnya yang melibatkan para remaja umumnyadikaitkan
dengan kegagalan pihak ibubapa, guru dan masyarakat dalam mendidik
merekamenjadi individu yang berguna. Kurangnya didikan akhlak oleh
ibubapa merupakan salahsatu faktor yang menyebabkan para remaja mudah
terjerumus ke dalam gejala tidak sihat.Begitu juga dalam masalah
mendapatkan peluang pekerjaan oleh para mahasiswa danmahasiswi walaupun
telah memperoleh ijazah kelas pertama. Jika difikirkan dan dikaji,
kedua-dua masalah ini ada kaitannya dengan personaliti.Remaja yang
tidak dibentuk dengan personaliti yang baik akan membina personaliti
merekasendiri melalui hubungan mereka dengan rakan sebaya. Ahli
psikologi Barat, Ericson adamengemukakan 8 tahap perkembangan
psikososial. Menurutnya, pada tahap 5 iaitu tahapidentiti lawan
kecelaruan peranan, para remaja yang berumur dalam lingkungan 12 hingga
18tahun mula mencari-cari identiti yang sesuai dengan mereka. Justeru,
tidak hairanlah jikaremaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka
lebih-lebih lagi mereka tidakdidampingi oleh ibubapa yang sibuk dengan
urusan kerja. Mereka rasakan bahawa rakanmerekalah yang paling memahami
diri mereka. Tanpa bimbingan akhlak dan nilai murni,terlalu mudahlah
untuk mereka terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Berbalik
semula kepada soal kegagalan mahasiswa mendapatkan peluang
pekerjaanpula, hubungan personaliti amat ketara dalam aspek ini.
Kebanyakan pelajar samada diperingkat sekolah atau pun institusi
pengajian tinggi, mereka lebih didedahkan denganpendidikan yang hanya
berfokus kepada pembinaan intelek sahaja. Namun, tanpa merekasedari,
mereka telah terlepas pandang terhadap satu lagi aspek penting yang
mampu memberikelebihan kepada diri mereka pada masa akan datang, iaitu
aspek personaliti. Kebanyakanmereka gagal ditemuduga kerana mereka tidak
mempunyai kemahiran berkomunikasi, takutmengeluarkan pandangan serta
tidak berkeyakinan. Sektor pekerjaan pada masa kini menuntutpara pekerja
memiliki kemahiran berkomunikasi dan interpersonal yang tinggi untuk
bersaing.Kemahiran-kemahiran ini adalah rangkuman daripada nilai-nilai
personaliti.
2. 2 Namun, apa yang ingin dikupas dalam perbincangan ini ialah personaliti yangdibentuk dan dikembangkan seharusnya selaras dengan ajaran Islam. Hal ini kerana,personaliti yang berteraskan Islam sahaja yang mampu membantu para remaja mendepanicabaran semasa dengan lebih yakin. Ahli-ahli psikologi Barat telah mengemukakan banyakteori tentang manusia seperti personaliti dan tingkah laku, yang mana ada di antaranya yangbertentangan dengan Islam. Disiplin psikologi Barat telah mengenepikan paradigma Tuhan,sebaliknya lebih memusatkan paradigma hidup yang tidak mementingkan pengertian dankualiti spiritual. Konsep manusia yang terdapat dalam disiplin psikologi dari perspektif Islam bukanlahbererti bahawa disiplin dari barat ditolak secara total tetapi apa yang seharusnya dilakukanadalah menyerapkan nilai-nilai spiritual pada konsep-konsep manusia khususnya dalambidang psikologi berkenaan dengan personaliti yang terdapat dalam teori tersebut. Hal inilebih utama untuk diterapkan dalam diri remaja kerana perjalanan dalam memperkembangkanpersonaliti remaja akan memberi kesan dan pengaruh kepada mereka apabila mereka sudahdewasa kelak. Oleh itu, adalah wajar sekiranya kita membincangkan tajuk yang berkenaandengan perkembangan personaliti remaja menurut Islam.
3. 3 2. KONSEP DAN PENDEFINISIAN2.1 PerkembanganMenurut Shaffer (1999), perkembangan merupakan suatu proses perubahan yang kompleks.Proses perubahan yang dilalui itu adalah bersifat kuatitatif dan kualitatif. Menurut Lee (1994), perkembangan kuantitatif merupakan perubahan fizikal yangberkuantiti iaitu dapat diukur dan diperhatikan dengan nyata. Beliau merumuskan bahawaperkembangan merupakan proses perubahan yang mana individu menyesuaikan diri terhadappersekitaran. Oleh yang demikian, proses itu mencakupi pertumbuhan, pematangan danpembelajaran. Oleh itu, perkembangan bukan hanya membawa perubahan fizikal badan tetapijuga disertai dengan kemajuan dalam kemahiran manipulatif, aktiviti jasmani, keupayaanmental dan rohani. Dengan kata lain, perkembangan merupakan perubahan yang berkualitiiaitu ia sukar diukur secara kuantiti tetapi boleh diperhatikan dengan membandingkan sifatyang terdahulu dengan sifat yang sedang terbentuk. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa manusia mengalami beberapa peringkatperkembangan. Peringkat pertama ialah al-janin, iaitu peringkat anak berada di dalamkandungan ibunya. Peringkat kedua ialah al-tifl, iaitu peringkat pada usia awal kanak-kanak.Ketiga ialah peringkat al-tamyiz iaitu peringkat anak-anak yang telah dapat membezakanmana yang baik dan buruk. Pada peringkat ini jugalah akal mereka telah mula berkembangdan dapat memahami sesuatu ilmu. Peringkat keempat ialah peringkat al-auliya dan al-anbiya. Peringkat remaja juga merupakan satu tahap perkembangan dalam diri manusiakerana keremajaan itu sendiri diertikan sebagai proses membesar atau meningkat dewasa.2.2 PersonalitiDari perspektif Islam, personaliti merujuk kepada perkataan Arab ‘sahsiah’ atau ‘akhlak’yang dimiliki oleh seseorang. Perkataan akhlak berasal daripada bahasa Arab yang membawamaksud budi pekerti, perangai, tingkahlaku (tabiat) dan adat kebiasaan (M. Ali Hassan 1984:10). Akhlak terbahagi kepada 2 bahagian iatu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Akhlak inilahyang menentukan ketrampilan dan sikap individu itu sendiri. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, personaliti bermaksud keperibadian danperwatakan. Personaliti berasal daripada perkataan Latin iaitu persona atau personalitas yangbermaksud topeng.
4. 4 Encyclopedia Dictionary of Pcychology menyebut personaliti sebagai satu konsepyang global yang mempunyai beberapa makna. Pertama ia merujuk kepada tingkahlaku danperangai yang biasanya ada pada setiap individu. Kedua ia merujuk kepada cantumankesedaran diri atau ego.Ketiga ia adalah topeng bagi sosial.2.3 RemajaZaman remaja digambarkan sebagai zaman yang penuh dengan tekanan dan kecelaruan emosiakibat pelbagai perubahan pada diri, mental dan nilai konflik. Peringkat remaja juga adalahperingkat percubaan untuk mengenal, mengetahui, belajar dan akhirnya membina sikap,pendirian, watak dan tingkah laku, perangai dan juga kebiasaan terhadap sesuatu perkara atauamalan. Dalam Islam, remaja dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu peringkat pertama adalahperingkat selepas bermimpi yang usianya bermula daripada 12 tahun atau 13 tahun sehinggake 21 tahun. Peringkat yang kedua pula adalah peringkat kematangan yang mana bermuladaripada usia 22 tahun hingga 30 tahun. Dalam Islam, peringkat pertama dianggap remaja,iaitu bermula daripada baligh hingga ke usia 21 tahun (Abdullah Nasih Ulwan 1989 : 47). Peringkat awal remaja bermula kira 12 tahun hinggalah 15 tahun. Sungguhpun begitu,peringkat remaja perlu dilihat sebagai suatu proses bukannya sebagai satu jangka masa (JasLaile Suzanar, 2000).2.4 Perkembangan Personaliti Remaja Menurut IslamSecara konseptualnya, Perkembangan Personaliti Remaja Menurut Islam bolehlahdidefinisikan sebagai suatu proses perubahan peribadi, tingkah laku, akhlak, persepsi dan caraseseorang remaja ke arah yang lebih baik selari dengan ajaran Islam.
5. 5 3. PERKEMBANGAN PERSONALITI REMAJA MENURUT ISLAMIslam telah membahagikan tahap kedewasaan manusia itu kepada 3 bahagian. Rasulullahs.a.w. menyatakan dalam hadisnya bahawa seseorang anak itu adalah tuan sampai usia 7tahun, kemudia dia akan menjadi budak dalam 7 tahun kedua serta akan menjadi wazir di 7tahun yang ketiga. Jika karakter atau sikap yang terbentuk setelah 21 tahun itu disukai olehibubapanya, maka itu adalah kebaikan dan jika sebaliknya, itu bererti ibubapanya telahmendapat uzur daripada Allah. Apa yang ingin diterangkan di sini adalah, dalam peringkat remaja, terdapat 2peringkat perkembangan setelah dia bergelar remaja iaitu pada peringkat 7 tahun kedua danketiga. Peringkat 7 tahun kedua dipanggil peringkat awal remaja dan 7 tahun ketiga adalahperingkat akhir remaja.3.1 Peringkat Awal RemajaPeringkat awal remaja adalah peringkat seseorang remaja itu berumur kira-kira 7 hingga 14tahun yang mana secara fizikal dan kecerdasannya telah dianggap matang. Ia sudah bolehmembezakan antara perkara-perkara yang baik dengan yang buruk dan secara intelektualnya,ia telah bersedia untuk memulakan proses pembelajaran dan pembinaan . Pembelajaran danpembinaan di sini dimaksudkan sebagai pembelajaran bersifat akademik dan pembinaanwatak dan peribadi. Pembelajaran bersifat akademik seperti membaca, menulis dan mengira boleh ladipelajari secara formal di sekolah kerana pada peringkat ini, mereka sudah dikira bersediauntuk menempuhi alam persekolahan. Melalui persekolahan ini jugalah mereka akan berjinak-jinak membina hubungan persahabatan dan ia juga sebagai peringkat awal dalam pembinaansikap dan watak. Peringkat ini adalah peringkat yang penting dalam mendidik golongan inikerana pada peringkat ini mereka mudah dididik. Mereka seharusnya dibiasakan dalammelakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perkara-perkara yang buruk. Hal inikerana, pembiasaan melakukan kebaikan bermula dari peringkat awal akan menjadikanperkara baik itu sebagai tabiat atau sikap dimasa hadapan kelak.
6. 6 Kemudian, menurut Kamarulzaman Kamaruddin (2009 :117) dalam bukunya yangbertajuk Psikologi Perkembangan, beliau telah mengatakan bahawa pada peringkat ini, remajaakan mengalami 6 peringkat perkembangan iaitu fizikal, kognitif, emosi, sosioemosi, bahasadan sosial. Jika dilihat dari perspektif Islam, setiap peringkat perkembangan ini mempunyaipengaruhnya yang tersendiri dalam pembinaan personaliti seseorang remaja dan padanyaterdapat kaedah-kaedah didikan yang telah digariskan oleh Islam. Sebagai contoh, padaperingkat perkembangan emosi, selalunya remaja pada peringkat ini sukar ditelah. Merekamengalami pelbagai konflik dalam diri mereka sendiri seterusnya akan menyebabkan merekamudah marah dan memberontak. Islam menganjurkan umatnya untuk menjadikan sifat sabaritu sebagai pakaian. Oleh hal yang demikian, ibubapa atau pun guru perlu mendidik danmenasihati mereka agar bersabar dengan setiap kesulitan. Apabila sikap ini dibiasakan,golongan remaja ini akan membentuk satu personaliti baik yang mana personliti inidiungkapkan sebagai akhlak yang baik dalam Islam.3.2 Peringkat Akhir RemajaPeringkat akhir remaja didefinisikan sebagai suatu peringkat yang mana para remaja tersebutberumur dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun. Pada peringkat ini, tidak kiralah samadaremaja lelaki atau pun perempuan sudah hampir menyerupai orang dewasa dan sudah jauhberbeza daripada ciri kanak-kanak yang dipunyainya dahulu. Tahap ini merupaka tahap yanggenting untuk seseorang remaja itu mempelajari dan membentuk sebuah personaliti yangdiingininya. Peringkat ini juga merupakan peringkat yang mana golongan remaja ini akanmempraktikkan secara terus segala apa yang telah dipelajari dan dididik oleh orang tuamereka sewaktu di peringkat kanak-kanak dan awal remaja. Watak dan sikap yang terbentukhasil didikan tersebut akan lahir sebagai personaliti. Namun, personaliti ini tidak akan statikbegitu sahaja kerana pada peringkat ini, remaja masih lagi tercari-cari personaliti yangbagaimana mahu mereka sesuaikan dengan diri mereka. Menurut Imam al-Ghazali, prosespembentukan akhlak (personaliti) berlaku secara beransur-ansur dan berkembang sehinggamenuju kesempurnaan.
7. 7 Selain itu, sesetengah daripada golongan ini menganggap mereka tidak boleh lagidiperbudakkan kerana telah menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi rohani,jasmani, intelek dan sosial. Kematangan tersebut menyebabkan mereka ingin mendapatkankebebasan yang sebanyak mungkin, dan seterusnya menunjukkan identiti yang tersendiri.Oleh hal yang demikian, Islam menyarankan agar remaja tersebut hendaklah sentiasa diberinasihat, bimbingan dan anjuran sebagai alat pendidikan dalam rangka membina keperibadianatau personaliti mereka selaras dengan ajaran Islam.3.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Personaliti RemajaSememangnya, perkembangan personaliti seseorang remaja adalah dipengaruhi oleh pelbagaifaktor. Namun, antara faktor-faktor tersebut, ada beberapa daripadanya yang boleh dianggappenting. Faktor-faktor tersebut ialah rohani, keluarga, pendidikan, pengalaman dan bidangpekerjaan. 3.3.1 KeluargaKeluarga boleh diandaikan sebagai wadah utama dalam pembinaan sesebuah masyarakat.Keluarga juga merupakan langkah pertama untuk melahirkan individu-individu yang mampumembawa seribu satu kebaikan di atas bumi Allah ini. Kajian-kajian psikologi dan pendidikan telah sepakat mengatakan bahawa rumahtangga dan keluarga merupakan ejen utama dalam pembentukan peribadi dan perlakuanseseorang dalam kehidupan. Oleh hal yang demikian, penting untuk sesebuah keluarga itumenerapkan nilai-nilai Islam dan mendidik rohani para ahli keluarganya agar hidup selarasdengan acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Remaja yang dibesarkan daripada keluarga acuan Islam akan berbeza daripada remajayang dibesarkan daripada keluarga yang berlatarbelakangkan pendidikan Barat semata-mata.Hal ini boleh diperhatikan secara zahir dari aspek ketrampilan, cara bergaul, perwatakan dansebagainya. Iklim keluarga amat mempengaruhi pembentukan dan personality remaja.Sebagai contoh, iklim keluarga yang mementingkan disiplin akan melahirkan remaja yangmenepati masa, tidak melanggar peraturan dan mampu melakukan sesuatu itu mengikutprosedur yang ditetapkan tanpa sebarang bantahan dan rungutan.
8. 8 Selain itu, sikap dan peribadi ahli keluarga amat mempengaruhi remaja. Seperti yang telahdibincangkan, peringkat remaja ialah peringkat yang mana para remaja ini berusaha untukmencari identiti. Mereka akan mencari contoh teladan untuk diikuti. Justeru, ibubapaseharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Pepatah Melayu adamenyebut tentang hal ini seperti, “Bapa borek, anak rintik” serta “Di mana tumpahnya kuahkalau tidak ke nasi”. Peribahasa-peribahasa ini juga melambangkan bahawa pengaruh ibibapaadalah kuat kepada anak-anaknya khususnya kepada anak-anak yang sedang meningkatremaja. Hal ini jelaslh bahawa, keluarga memainkan peranan yang penting dalamperkembangan personality seseorang remaja. 3.3.2 RohaniIslam memandang bahawa personaliti adalah akhlak yang lahir daripada rohani yang diisidengan ajaran Islam. Justeru, rohani memainkan peranan yang besar dalam melahirkan remajaIslam yang berpersonaliti. Remaja yang mempunyai didikan ataupun asas rohani yang kuat pasti akanberpersonaliti menarik selaras dengan ajaran Islam seperti bersopan santun, menutup aurat,tidak bersikap mazmumah dan sebagainya. Personaliti-personaliti ini datangnya daripadarohani yang sihat. Rohani yang sihat ini akan secara tidak langsung terjemah dalam setiapperbuatan dan tingkahlaku seterusnya menjadi kebiasaan yang sukar diubah dan akhirnya ialahir sebagai satu personaliti. Rohani yang penuh dengan nilai-nilai Islam secara tidaklangsung akan membentuk diri remaja itu dengan personaliti tersendiri. Sesungguhnya, akhlak ataupun personality yang baik datangnya daripada sumber yangbaik. Sumber akhlak dalam Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber inimenjadi dasar dalam Islam termasuk akhlak. Al-Quran dijadikan sebagai sumber akhlak danpersonality kerana ia bukanlah hasil kajian atau pemerhatian manusia, tatapi adalah firmanAllah Yang Maha Bijaksana. Sebagai contoh, didikan akhlak dan personality yang baik initelah difirmankan oleh Allah dalam Surah al-Hujurat 49:12 yang berbunyi: ﻳﺎ أﻳﻬﺎ اﻟﺬﻳﻦ آﻣﻨﻮ ا اﺟﺘﻨﺒﻮا ﻛﺜﲑ ﻣﻦ اﻟﻈﻦ إن ﺑﻌﺾ اﻟﻈﻦ إﰒ وﻻ ﲡﺴﺴﻮا وﻻ ﻳﻐﺘﺐ ﺑﻌﻀﻜﻢ ﺑﻌﻀﺎ أﳛﺐ أﺣﺪﻛﻢ أن ﻳﺄﻛﻞ ﳊﻢ أﺧﻴﻪ ﻣﻴﺘﺎ ﻓﻜﺮﻫﺘﻤﻮﻩ واﻟﺘﻘﻮا اﷲ إن اﷲ ﺗﻮاب رﺣﻴﻢ
9. 9 Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagiandari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahandan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Selain al-Quran, Hadis Nabi juga adalah sumber akhlak dan personaliti yang keduaselepas al-Quran. Rasulullah ada menyatakan dalam hadisnya bahawa akhlak adalah salahsatu pengukur samada sempuna atau tidak iman seseorang. Nabi s.a.w. bersabda: أﻛﻤﻞ اﳌﺆﻣﻨﲔ إﳝﺎﻧﺎ أﺣﺴﻨﻬﻢ ﺧﻠﻘﺎ Maksudnya: Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya. Berpandukan segala keterangan di atas, jelaslah bahawa rohani yang didasari denganiman yang kukuh akan melahirkan akhlak dan personaliti unggul sepertimana yang telahdisarankan dalam Islam. 3.3.3 PendidikanSelain keluarga dan unsur rohani, aspek pendidikan juga memainkan peranannya yangtersendiri dalam membantu perkembangan personaliti seseorang remaja. Menurut Imam al-Ghazali, remaja akan melalui perkembangan kognisi, emosi dan social. Perkembangan-perkembangan ini amat berkait rapat dengan tahap pendidikan yang ada pada seseorangremaja. Pendidikan yang tinggi mampu menjadikan seseorang remaja itu berbeza daripadaremaja yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Hal ini dapat dilihat daripada cararemaja itu bercakap, mengungkap dan menyuarakan pendapat, cara berfikir dan sebagainya.Remaja yang berpendidikan biasanya akan mengeluarkan sesuatu pendapat dengan lancar danberkesan di samping disokong dengan fakta dan hujah-hujah yang bernas. Dalam membicarakan hal ini, jenis pendidikan yang diterima oleh remaja itu jugamempengaruhi personaliti dan pemikiran mereka. Contohnya, remaja yang diasuh dan dididik
10. 10denga terbiyah Islam akan bercakap dan berpendapat mengikut pandangan Islam danditambah dengan ilmu-ilmu fardhu kifayah yang lain. Hal ini berbeza pula dengan remajayang berpendidikan Barat semata-mata. Mereka adakalanya melanggar etika dan menyalahisyarak ketika berhujah lantaran menurut nafsu dan logik akal sahaja. Jelaslah di sini bahawa pendidikan juga merupakan wadah perkembangan personalitiseseorang remaja. 3.3.4 Bidang Yang DiceburiTidak dapat dinafikan bahawa sesuatu bidang pekerjaan yang diceburi itu amatmempengaruhi personaliti seseorang.Konteks ini bolehlah diungkapkan dengan jelas melalui 2 situasi kehidupan remaja. Remajayang menceburkan diri dalam bidang yang berprofesion akan lebih berketrampilan yakin dankemas. Hal ini dapat dilihat dari cara mereka berpakaian, bercakap dan berjalan. Mungkinyang membentuk personaliti mereka ini adalah berpunca daripada etika-etika yang telahdigariskan dalam bidang yeng mereka ceburi. Sebagai contoh, profesion perguruan menuntutpara guru berpakaian kemas dan segak, sopan dan sebagainnya. Hal ini berlainan dengan remaja yang menceburkan diri dalam bidang seni. Pelukiscontohnya, akan berketrampilan santai dan kurang kemas. Penampilan ini adalah lahir dariperspektif dan penilaian terhadap seni itu sendiri. Artis pula lebih cenderung berketrampilanbergaya dan mengikut arus fesyen semasa. Bidang hiburan tidak begitu menekankan aspeketika dalam berpakaian. Oleh hal yang demikian, bagi yang kurang ditarbiyah dengan ajaranIslam, mereka bebas berpakaian mengikut citarasa tanpa memikirkan jenis pakaian yangmereka kenakan. 3.3.5 PengalamanPembentukan dan perkembangan personaliti seseorang remaja turut dipengaruhi olehpengalaman yang telah mereka lalui samada pengalaman berbentuk yang negatif ataupunyang berbentuk positif. Hal ini kerana, manusia menjadikan pengalaman itu sebagai suatupembelajaran di dalam kehidupan. Remaja yang mempunyai pengalaman hidup yang sukar biasanya akan lahir sebagairemaja yang tabah dan kuat menghadapi mehnah hidup. Mereka mempelajari erti ketabahan
11. 11itu melalui liku-liku yang mereka tempuhi untuk terus hidup seperti orang lain. Pengalaman-pengalaman yang pahit biasanya dijadikan pengajaran pada masa hadapan manakalapengalaman-pengalaman yang baik dijadikan inspirasi dan motivasi bagi mendapatkan hidupyang lebih bermakna di kemudian hari. Remaja yang pernah mengalami pengalaman pahit seperti didera ketika kecil akanmembesar dengan personaliti pasif dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung berdiam diri,ketakutan dan mudah beranggapan buruk terhadap orang lain. Hal ini kerana, kesan penderaantersebut memberi pengajaran kepada mereka bahawa mereka perlu sentiasa berwaspada danberanggapan bahawa setiap orang akan melakukan perkara tidak baik terhadap mereka.Mereka turut menjadi manusia yang tidak bersemangat dan sensitif. Hal ini berlawanan pula dengan remaja yang membesar dalam suasana yang membina.Remaja yang mempunyai pengalaman berpidato akan tampil dalam personaliti yangberkeyakinan. Kejayaan-kejayaan yang pernah mereka capai dijadikan pembakar semangatserta motivasi yang mana secara tidak langsung membentuk personaliti yang baik dalam dirimereka.
12. 12 4. KESIMPULANSetiap remaja akan melalui peringkat perkembangan mereka. Perkembangan personalitimereka juga akan berlaku secara berperingkat selari dengan perjalanan kehidupan merekamenuju kedewasaan. Perkembangan personaliti yang didasari mengikut lunas-lunas Islam akan melahirkangenerasi remaja Muslim unggul yang mana mampu menjulang maruah bangsa, agama dannegara ke mercu kegemilangan. Perspektif Islam menekankan bahawa perkembanganpersonaliti itu perlu diasaskan dengan pembinaan akidah yang mantap dalam diri golonganremaja. Personaliti yang baik akan lahir selari dengan pembentukan jiwa Muslim yangsebenarnya. Islam menganjurkan kita membina personaliti berpandukan al-Quran dan Sunnahdi samping mengambil kira pandangan ahli-ahli psikologi Barat berkenaan dengan halpersonaliti ini. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh berpeluk tubuh dengan perkembangan ilmu yangpesat termasuk bidang psikologi personaliti. Sarjana-sarjana Islam perlu menggali ilmu-ilmuIslam dan mengetengahkannya ke dunia akademik untuk dikaji dan dibahaskan. Lebihpenting, ilmu-ilmu Islam yang berteraskan wahyu dan bersifat abadi bukan sahaja mampudijadikan alternative kepada ilmu-ilmu Barat malah ia sesuai dengan fitrah manusia.
RUJUKAN.
Al-QuranShahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub. 2007. Teori
Personaliti Dari Perspektif Islam, Timur Dan Barat. Kuala Lumpur:
Penerbit PTS Profesional.Sidek Baba. 2010. Remaja Islam Kembali Pada
Pemikiran Al-Quran & Sunah. Shah Alam: Penerbit Alaf 21 Sdn
Bhd.Ab. Aziz Mohd Zin. 1999. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.Fariza Md Sham, Salasiah Hanin
Hamjah & Mohd Jurairi Sharifudin. 2008. Personaliti Dari
Perspektif Al-Ghazali. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.Kamarulzaman Kamaruddin. 2009. Psikologi Perkembangan. Tanjong
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Muhammad
Jamaluddin Ali Mahfuzh. 1996. Psikologi Anak Dan Remaja Muslim. Kuala
Lumpur: Penerbit Darulfikir.Fariza Md. Sham, Siti Rugayah Hj, Tibek
& Othman Hj. Talib. 2006. Dakwah Dan Kaunseling Di Malaysia.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Razali Saaran. 2010.
Hebatnya Cara Rasullullah Mendidik. Kuala Lumpur: Penerbit MUST
READ SDN BHD.Ibrahim Amini. 2006. Agar Tak Salah Mendidik. Jakarta:
Penerbit Al-Huda
Tidak Ada Komentar Pada Artikel » Perkembangan Remaja Menurut Islam
Post a Comment