1. Psikologi dalam Pendidikan
2. SOALAN 1:Analisis perkembangan remaja berdasarkan teori psikoseksual Freud, psikososialErikson dan perkembangan tugas Havighurst.JAWAPANPerkembangan remaja berdasarkan teori psikoseksual FreudRemaja mengembangkan minat seksual yang kuat pada mereka yang berlainan jantina.Pada masa ini juga remaja mengalami tekanan keterlaluan dan stress . Jika tahap iniremaja dapat selesaikan masalah dengan jayanya, remaja akan jadi lebih seimbangdalam kehidupannya dan memperoleh kehidupan yang normal seperti bolehmenyayangi dan mampu bekerja dengan produktif. Pada tahap ini, remaja akanmenyediakan diri untuk menjadi orang dewasa yang dapat berfungsi dan menjalankantanggungjawab dengan sempurna.Perkembangan remaja berdasarkan teori psikososial EriksonTahap ini melibatkan remaja awal dan remaja akhir dimana remaja mengalami tahapidentiti lawan kekeliruan peranan. Tugas remaja pada peringkat ini adalah untukmendapatkan perasaan ego identity dan mengelak kekeliruan peranan. Ego identitybermakna mengetahui siapa diri mereka sendiri dan bagaimana cara menyesuaikan diridalam masyarakat mereka. Pada tahap ini remaja akan cuba berusaha mewujudkanidentiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Usaha remaja mencari identitimungkin menjadi bertambah sukar dengan terdapatnya berbagai-bagai pilihan. Oleh itu,mereka memerlukan seseorang untuk dijadikan role model. Sekiranya usaha ini gagal,mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat.Oleh itu, Erikson mencadangkan supaya ibu bapa menggariskan upacara rites ofpassage atau upacara simbolik menandakan seseorang kanak-kanak telah menjadiremaja. Contohnya dalam masayarakat Melayu mempunyai adat istiadat berkhatan dimana kanak-kanak tersebut diraikan dalam satu jamuan yang dihadiri oleh saudaramara dan orang kampung. Melalui upacara itu kanak-kanak menyedari bahawa dirimereka telah memasuki alam remaja.Remaja yang mengalami pengalaman yang mendorong kepada perkembanganpersonaliti dan mengalami hanya sedikit kekeliruan peranan akan mengembangkan perasaan ketaatan dengan bersedia untuk hidup dalam masyarakat arus perdana walaupun terdapat kekurangan, ketidakadilan dan keseimbangan.
3. Perkembangan remaja berdasarkan perkembangan tugas Havighurst Pada awal remaja, remaja akan mencapai kematangan fizikal seperti ketinggianmaksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasiformal, iaitu boleh membuat pemikiran hipotetikal-deduktif. Dari segi perkembanganemosi, timbul pelbagai emosi lain seperti ingin kejayaan dan penghargaan sertabertambah kebolehan untuk mengawal emosi. Remaja juga akan membentuk kumpulanrakan sebaya. Remaja pada peringkat ini juga mula tertarik kepada rakan sebaya yangberlainan jantina.Pada akhir remaja, remaja akan cuba mendapat autonomi daripada ibu bapa. Merekajuga berusaha membentuk identiti mengikut cantina. Melalui pergaulan sosial remajaakan menerap atau mematuhi nilai moral dalam masyarakat. Biasanya pada peringkatini, remaja telah tamat pelajar di kolej atau universiti dan dalam proses memilih kerjayayang sesuai.SOALAN 2:Bandingkan perbezaan antara pendekatan behaviorisme, kognitivisme,pembelajaran sosial dan konstruktivisme dalam menerangkan bagaimanaberlakunya pembelajaran.JAWAPAN:Pembelajaran BehaviorismeAliran Behaviorisme boleh dianggap bermula pada tahun 1913, apabila John B.Watson(1878-1958) mengemukakan kertas kerja bertajuk ”Psychology as theBehaviorist views it” di mana beliau menegaskan psikologi adalah sains yang mengkajitingkah laku manusia. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviourisme, pembelajaran adalahperubahan kekal yang berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihanatau pengalaman.
4. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dilahirkansehingga sukar bagi kita untuk membezakan dan memisahkan antara pembelajarandengan tumbesaran kerana kedua-duanya saling berkaitan. Aliran Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek-aspek tingkah laku manusia yang bolehdiperhatikan dan boleh diukur. Ahli-ahli psikologi Behaviorisme berpendapat sesuatubenda yang wujud adalah benda yang kita boleh lihat dan perhatikan. Kita tidak dapatmelihat pemikiran tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia.Dari tingkah laku manusia, kita dapat membuat kesimpulan mengenai apa yang sedangdifikirkan oleh mereka. Di antara tokoh-tokoh Behaviorisme yang terkemukan ialah ahli pelaziman klasikyang terdiri daripada Ivan Pavlov, J.B. Watson dan ahli pelaziman operan pula terdiridaripada E.L. Thorndike dan B.F. Skinner.Pembelajaran KognitifAhli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel yang berpendapatbahawa pembelajaran adalah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran,dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Merekamenumpukan kajian pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akalmengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori Pembelajaran Kognitif adalahditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedahpenyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Tokohpembelajaran kognitif menekankan proses kognitif yang juga dikenali sebagai teoriGestalt adalah bertumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal,kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi.Mengikut teori Gestalt yang bermaksud bentuk, pola atau tatarajah, manusiamempunyai struktur kognitif dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusunsegala maklumat dalam ingatannya.Tokoh-tokoh ini juga menekankan bahawa pembelajaran bukan percubaan secaramembabi buta tetapi mempunyai motif atau objektif tertentu. Ia bukan sahajaperhubungan stimuli-tindak balas tetapi juga kefahaman terhadap keadaan dan perkarapokoknya, demi melakukan proses pembelajaran. Dengan perkataan lain, sekiranya diatidak dapat mengenalpasti perhubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, walaupunmelalui latihan berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku.
5. Mengikut kajian tokoh-tokoh ini, pembelajaran hanya boleh berlaku adalah berdasarkanpelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiriuntuk menjalankan aktiviti pembelajaran.Pembelajaran KonstruktivismeTeori Konstruktivisme menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak wujud di luar mindatetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini adalah dibinaberdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikanterhadap proses pembelajaran individu. Mengikut teori ini, ilmu pengetahuan dibinamelalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaranterbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmupengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membandingmaklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarangperselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yangdiberikan oleh pensyarah tetapi pelajar secara aktif membina realiti mereka sendiri danpada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut (Dick 1997). Dick (1997) turutmenyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam manapersekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkanpelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Golongan konstruktivis juga menyatakanbahawa ilmu adalah satu entiti yang dibina oleh setiap pelajar melalui prosespembelajaran (Briner 1999). Golongan konstruktivis juga percaya ilmu adalah sesuatuyang tidak boleh dipindahkan tetapi ianya dibina oleh setiap pelajar (Briner 1999). Didalam konstruktivisme ilmu adalah sesuatu yang relatif dan berubah mengikut masa.Menurut prinsip konstruktivisme lagi proses pembelajaran bertindak sebagai fungsipenyesuaian. Pembelajaran bukan merupakan tempat simpanan maklumat tetapi iaadalah merupakan pengetahuan peribadi yang berguna.Selain itu, teori ini menganggap individu melihat dirinya secara aktif dalam pembelajaranilmu pengetahuan berlandaskan konstruktivisme, dan bukan menerimanya secara pasif.Proses ilmu konstruktivisme mengandungi ciri perkembangan serta evolusi jadi ianyabukan tetap tetapi sering berubah. Di bawah teori ini, ilmu pengetahuan tidak digunakanuntuk menjelaskan kebenaran.
6. Sebaliknya, ia digunakan sebagai rasionalisasi tindakandan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Oleh itu mengikut teori ini, di dalam sesuatu situasi yang sama, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individuadalah tidak serupa.Pembelajaran SosialPada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard - dalamlaporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasilproses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses belajar tersebut oleh Millerdan Dollard dinamakan "social learning" - "pembelajaran sosial". Perilaku peniruan(imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh imbalanketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidakmenirunya.Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963), telahmelaksanakan eksperimen lain yang juga berkenaan dengan peniruan. Hasileksperimen mereka mendapati, peniruan boleh berlaku hanya melalui pengamatanterhadap perilaku model (orang yang ditiru) meskipun tanpa sebarang peneguhan.Proses belajar semacam ini disebut "observational learning" atau pembelajaran melaluipengamatan. Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori pembelajaran sosialdiperbaiki memandangkan teori pembelajaran sosial yang sebelumnya hanyamementingkan perilaku tanpa memberi pertimbangan terhadap proses mentalseseorang.Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanantentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan(reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara berfikir yang kitamiliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kitamempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluanguntuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity).
terimakasih atas informasinya. Salam sukses. klik-> http://www.mulyatamapsikologi.com
ReplyDelete