KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
Pendahuluan
Hidup manusia dibumi ini bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai
tujuan dan matlamat dan bukanlah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut
kehendak perasaan dan keinginan tanpa ada batas dan tanggungjawab.
Tetapi penciptaan makhluk manusia di bumi ini adalah mempunyai suatu tujuan dan
tugas risalah yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah Tuhan yang menciptanya.
Tugas dan tanggungjawab manusia sebenarnya telah nyata dan begitu jelas
sebagaimana terkandung di dalam al-Quran iaitu tugas melaksanakan ibadah
mengabdikan diri kepada Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya dalam makna
mentadbir dan mengurus bumi ini mengikut undang-undang Allah dan peraturan-
Nya. Firman Allah swt. maksudnya:
“Dan Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
beribadah (menyembah) kepada Ku”. (Az-Zaariyaat: 56)
Firman Allah swt. bermaksud:
“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan
Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebaha-gian (yang lain) beberapa darjat
untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu”. (al-An’aam: 165)
Tugas sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan bumi ini dengan
mentadbir serta mengurusnya dengan peraturan dan undang-undang Allah.
Tugas
beribadah dan mengabdi diri kepada Allah dalam rangka melaksanakan segala
aktiviti pengurusan bumi ini yang tidak terkeluar dari garis panduan yang datang
dari Allah swt. dan dikerjakan segala kegiatan pengurusan itu dengan perasaan
ikhlas kerana mencari kebahagian dunia dan akhirat serta keredaan Allah.
Allah swt. telah menyediakan garis panduan yang lurus dan tepat kepada
manusia dalam rangka pengurusan ini. Allah dengan rasa kasih sayang yang
bersangatan kepada manusia diturunkannya para rasul dan bersamanya garis
panduan yang diwahyukan dengan tujuan supaya manusia itu boleh mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bertujuan supaya manusia itu
dapat hidup sejahtera dunia dan akhirat.
Pengertian Ibadah
Kalimat ibadah berasal daripada kalimat `abdun’. Ibadah dari segi bahasa bererti
patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu.
Dari segi istilah agama Islam pula ialah tindakan, menurut, mengikut dan mengikat
diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan
diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Ibnu Taimiah pula memberi takrif Ibadah, iaitu nama bagi sesuatu yang disukai dan
kasihi oleh Allah swt.
Perintah Allah dan Rasul-Nya ini hendaklah ditunaikan dengan perasaan penuh
sedar, kasih dan cinta kepada Allah, bukan kerana terpaksa atau kerana yang lain
dari cintakan kepada-Nya.
Para Nabi dan Rasul merupakan hamba Allah yang terbaik dan sentiasa
melaksanakan ibadah dengan penuh kesempurnaan di mana setiap arahan Tuhannya,
mereka patuhi dengan penuh perasaan cinta dan kasih serta mengharap keredaan
dari Tuhannya. Mereka menjadi contoh teladan yang paling baik kepada kita semua
dalam setiap pekerjaan dan amalan sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran itu
sendiri.
Firman Allah swt. maksudnya:
“Sesungghnya bagi mu, apa yang ada pada diri Rasulullah itu contoh yang paling
baik”. (al-Ahzab: 21)
Sesetengah ulama mengatakan bahawa perhambaan (ibadah) kepada Allah
hendaklah disertai dengan perasaan cinta serta takut kepada Allah swt. dan hati yang
sihat dan sejahtera tidak merasa sesuatu yang lebih manis, lebih lazat, lebih seronok
dari kemanisan iman yang lahir dari pengabdian (ibadah) kepada Allah swt.
Dengan
ini maka akan bertautlah hatinya kepada Allah dalam keadaan gemar dan reda terhadap setiap perintah serta mengharapkan supaya Allah menerima amalan yang
dikerjakan dan merasa bimbang serta takut kalau-kalau amalan tidak sempurna dan
tidak diterima oleh Allah seperti yang ditegaskan dalam firman-Nya yang
bermaksud:
“(Ia itu) Orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah sedang Dia tidak
kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat”. (Qaf: 33)
Orang yang memperhambakan dirinya (beribadah) kepada Allah mereka
akan sentiasa patuh dan tunduk kepada kehendak dan arahan Tuhannya, sama ada
dalam perkara yang ia suka atau yang ia tidak suka dan mereka mencintai dan
mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih dari yang lain-lainnya. Mereka mengasihi
makhluk yang lain hanyalah kerana Allah semata-mata, tidak kerana yang lain
Kasihkan kepada Rasulullah saw. pula kerana ia membawa Risalah Islam, cintakan
kepada Rasulullah saw. hendaklah mengikuti sunahnya sebagaimana firman Allah
swt. maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu kasihkan Allah maka ikutilah
aku (pengajaranku) nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-
dosa kamu”. (Al-Imran: 31)
Dan andainya kecintaan kamu kepada selain Allah dan Rasul-Nya itu mengatasi dan
melebihi dari kencintaan dan kasih kepada yang lain; Allah akan turunkan
keseksaan-Nya kepada manusia yang telah meyimpang dari ketentuan-Nya. Firman
Allah swt. maksudnya:
“Katakanlah (Muhammad) jika ibu bapa kamu, anak-anak kamu, saudara mara
kamu, suami isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan,
perniagaan yang kamu bimbangkan kerugiannya, dan rumahtangga yang kamu
sukai itu lebih kamu kasihi daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad untukagama Allah, maka tunggulah (kesiksaan yang akan didatangkan) oleh Allah.
Dan
Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang fasik”. (At-Taubah: 24)
Ruang lingkup Ibadah dan Hubunganya dengan kehidupan
Sebgaimana yang dijelaskan di atas nyatalah ibadah itu itu bukanlah
sesempit apa yang difahami oleh sebahagian dari kalangan manusia yang tidak dapat
memahami kesempurnaan Islam itu sendiri di mana pada anggapan mereka Islam itu
hanya suatu perbicaraan pasal akhirat (mati) dan melakukan beberapa jenis ibadah
persendirian tidak lebih dari itu. Begitu juga bila disebut ibadah apa yang tergambar
hanyalah masjid, tikar sembahyang, puasa, surau, tahlil, membaca al-Quran, doa,
zikir dan sebagainya iaitu kefahaman sempit disekitar ibadah-ibadah khusus dan
ritual sahaja tidak lebih dari itu. Kefahaman seperti ini adalah akibat dari serangan
fahaman Sekular yang telah berakar umbi ke dalam jiwa sebahagian dari kalangan
orang-orang Islam.
Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang
merangkumi semua bidang kehidupan dunia dan akhirat, di mana dunia merupakan
tanaman atau ladang yang hasil serta keuntungannya akan dituai dan dinikmati pada
hari akhirat kelak.
Ibadah dalam Islam meliputi semua urusan kehidupan yang mempunyai
paduan yang erat dalam semua lapangan hidup dunia dan akhirat, tidak ada
pemisahan antara kerja-kerja mencari kehidupan di muka bumi ini dan hubungannya
dengan balasan akhirat. Islam mengajarkan kepada kita setiap apa juga amalan yang
dilakukan oleh manusia ada nilai dan balasan sama ada pahala atau siksa. Inilah
keindahan Islam yang disebut sebagai ad-Deen yang lengkap sebagai suatu sistem
hidup yang boleh memberi kesejahteraan hidup penganutnya di dunia dan di akhirat.
Dengan kata lain setiap amalan atau pekerjaan yang membawa manfaat
kepada individu dan masyarakat selama ia tidak bercanggah dengan syarak jika
sekiranya ia memenuhi syarat-syaratnya, seperti dikerjakan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata bukan kerana mencari kepentingan dan mencari nama serta ada
niat mengharapkan balasan dari manusia atau ingin mendapat pujian dan sanjungan
dari manusia; maka amalan-amalan yang demikian akan mejadi ibadah yang diberi
pahala di sisi Allah swt di akhirat kelak, insya’-Allah.
Berdasarkan kepada konsep ibadah tersebut maka setiap perbuatan
pertolongan baik kepada orang lain seperti membantu orang sakit, tolong
merengankan beban dan kesukaran hidup orang lain, memenuhi keperluannya,
menolong orang yang teraniaya, mengajar dan membimbing orang yang jahil adalah
ibadah.
Termasuk juga dalam makna ibadah ialah setiap perbuatan, perkataan
manusia zahir dan batin yang disukai dan diredai oleh Allah swt. Bercakap benar,
taat kepada ibu bapa, amanah, menepati janji, berakata benar, memenuhi hajat
keperluan orang lain adalah iabadah.
Menuntut ilmu, menyuruh perkara kebaikan dan mencegah segala kejahatan,
berjihad, memberi pertolongan kepada sesama manusia, dan kepada binatang,
berdoa, puasa, sembahyang, membaca al-Quran semuanya itu juga adalah
sebahagian dari ibadah.
Begitu juga termasuk dalam pengertian ibadah cinta kepada Allah dan Rasul-
Nya, melaksanakan hukum-hukum Allah, sabar menerima ujian, bersyukur
menerima nikmat, reda terhadap qadha’ dan qadar-Nya dan banyak lagi kegiatan dan
tindakan manusia yang termasuk dalam bidang ibadah.
Kesimpulannya ruanglingkup ibadah dalam Islam adalah terlalu terlalu luas
yang merangkumi semua jenis amalan dan syiar Islam dari perkara yang sekecil-
kecilnya seperti cara makan, minum dan masuk ketandas hinggalah kerja-kerja
menguruskan kewangan dan pentadbiran negara semuanya adalah dalam makna dan
pengertian ibadah dalam artikata yang luas apabila semuanya itu dikerjakan dengan
sebaik-baiknya dengan menurut adab dan peraturan serta memenuhi syarat-
syaratnya.
Ibadah Sebagai Sarana Hablu minallah dan Habu minannas
Setiap ibadah dalam Islam, apakah itu shalat, membayar zakat,
melaksanakan puasa, dan menunaikan haji, memiliki dua demensi. Pertama,
kegiatan ibadah dimaksudkan untuk memenuhi kewajiban atau penggilan Allah
SWT, dalam rangka hablum minallah. Kedua, ibadah yang dilakukan oleh hamba
Allah itu memiliki implikasi sosial. Dimensi kedua ini menyaran pada implikasi
hablum minallah terhadap hablum minannas.
Dalam dimensi kewajiban, ibadah shalat (lima waktu), membayar zakat,
menjalankan puasa, dan menunaikan haji merupakan ibadah yang wajib hukumnya
(fardlu ‘ain); artinya setiap muslim wajib melaksanakan ibadah-ibadah itu, kecuali
haji; ibadah haji wajib hukumnya bagi seorang muslim yang mampu untuk
menunaikannya.
Dalam ajaran Islam, ibadah shalat merupakan ibadah yang sangat penting.
Karena sangat pentingnya shalat, maka shalat dipandang sebagai tiyang agama.
Shalat, digariskan sebagai ibadah yang mampu mencegah umat muslim dari
perbuatan keji dan munkar, memiliki dimensi sosial, antara lain, mendidik umat
manusia untuk berlaku demokratis. Sewaktu melaksanakan ibadah shalat berjamaah
di mushalla atau masjid, antar kaum muslimin tidak ada perbedaan; tidak ada
perbedaan antara si kaya dan si miskin, bawahan dan atasan, kaum elit dan rakyat
biasa dan sebagainya. Seseorang yang paling awal datang ke mushalla atau masjid
untuk shalat berjamaah, dia memiliki hak untuk menempatkan diri pada barisan
terdepan. Implikasi sosial lebih lanjut bisa dilihat bila seorang muslim kembali ke
tengah-tengah masyarakat, dia akan mendahulukan atau memperhatikan hak orang
lain ketimbang hak yang dimilikinya. Ini berarti bahwa dia tidak akan merasa
menang sendiri; dia tidak akan merasa pintar sendiri; dia tidak akan merasa benar
sendiri, dia rame ing gawe sepi ing pamrih (tidak melakukan korupsi dan
manipulasi, karena dua perbuatan ini mengarah kepada pengambilan sesuatu yang
bukan menjadi haknya), dan sebagainya.
Demikian pula, ibadah puasa juga mendidik kaum muslimin untuk tidak
berpurba sangka (prejudice), tidak melakukan pembedaan (discrimination), dan
sejenisnya terhadap sesama umat manusia. Hal ini didasarkan pada salah satu unsur
puasa adalah menahan lapar dan dahaga. Perasaan lapar dan dahaga merupakan
masalah keseharian yang dihadapi oleh orang-orang miskin, namun bukan menjadi
masalah bagi orang-orang berada. Pada tataran tertentu, seseorang yang berasal dari
kelompok orang berada akan dapat merasakan apa yang dirasakan oleh saudara-
saudaranya yang berada di bawah garis kemiskinan, yaitu perasaan lapar dan
dahaga. Hal ini, sebenarnya, mengajarkan pada umat manusia untuk tidak
berpurbasangka, melakukan diskriminasi atau pembedaan terhadap sesama umat.
Implikasi sosial yang dipancarkan oleh ibadah zakat bisa timbul dari hikmah
ibadah puasa. Seperti diketehui dan dirasakan bahwa setiap orang yang berpuasa
pasti mengalami rasa lapar dan dahaga. Dengan mengalami sendiri bagaimana
rasanya lapar dan dahaga sewaktu berpuasa itu, maka orang-orang, katakanlah, dari
kalangan kaya terlatih untuk merasakan derita lapar dan dahaga sebagaimana yang
dialami oleh golongan fakir-miskin dalam hidup keseharian mereka. Ajaran ini
diharapkan dapat menimbulkan rasa belas kasihan dan sifat penyantun si kaya
terhadap si miskin. Pada waktu-waktu selepas puasa, diharapkan bahwa si kaya atas
kemauannya sendiri akan selalu mengulurkan tangan, memberikan pertolongan dan
bantuan baik secara material maupun non-material. Bantuan-bantuan itu bisa berupa
infag, sedekah dan zakat (materi) dan nasihat, dorongan moril dan sejenisnya (non-
materi). Dalam kehidupan bernegara, ajaran ini menggariskan kepada para
pemegang kekuasaan untuk mengarahkan segala kebijakan (ekonomi, politik, dan
sosial budaya, dan sebagainya) demi kepentingan orang banyak, khususnya orang
miskin, wong cilik bukan demi kepentingan untuk mencari popularitas dalam rangka
mempertahankan kekuasaan mereka.
Implikasi sosial yang terpancar dalam ibadah haji, antara lain, adalah
terciptanya persaudaraan sesama umat Islam dari seluruh pelosok dunia dan sekaligus merupakan syiar Islam yang luar biasa.
Setiap musim haji tiba, sejumlah
besar umat Islam yang berasal dari seluruh penjuru dunia berbondong-bondong ke
tanah suci untuk menunaikan ibadah haji. Momen ibadah haji ini bisa dimanfaatkan
sebagai syiar Islam dan sekaligus sebagai sarana untuk menjalin persaudaraan
sesama muslim sedunia. Usai menunaikan ibadah haji, seorang muslim dapat
memanfaatkan momen ibadah yang telah dilaksanakan itu sebagai titik tolak untuk
mengembangkan tali persaudaraannya dengan sesama umat muslim, dengan umat
sebangsa di tanah airnya secara lebih baik.
Ibadah haji, sebagaimana dinyatakan oleh Ustadz Fauzan Abidin merupakan
ibadah yang dimaksudkan untuk mensucikan diri dari: kotoran lahiriah, kotoran
bathiniah, kotoran pikiran dan kotoran sosial. (Radar Banjarmasin, 31 Januari).
Seorang muslim yang telah menunaikan ibadah haji berarti yang bersangkutan telah
memenuhi lima rukun Islam. Dia adalah seorang muslim yang telah tersucikan dari
segala kotoran sebagaimana dijelaskan oleh Ustadz tersebut.
Bila ibadah dalam kerangka hablum minallah memiliki implikasi sosial
(hablum minnas) yang positif, dan bila nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya
terpateri secara kukuh dan terpadu dalam diri seorang muslim dan secara terus
menerus diimplementasikan dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa, dan
bernegara maka Insya Allah berarti dia adalah mukmin, muslim dan sekaligus
muhsin.
Dalam ajaran Islam, hubungan antar manusia (hablum minannas) yang
terbimbing melalui ibadah (hablum minallah) telah diatur secara sangat rapi. Dalam
kerangka hubungan antar manusia, ajaran Islam menggariskan pola persaudaraan
sesama muslim ( ukhuwah al- Islamiyah atas dasar al muslimu akhul muslim),
persaudaraan sesama warga bangsa (ukhuwah al- wathaniyah), dan persaudaraan
sesama manusia (ukhuwah al-basyariyah).
Dalam hal ini, para mukminin, muslimin
dan muhsinin yang telah menunaikan lima rukun Islam (bukan hanya rukun Islam ke
lima) menjadi harapan kita semua untuk menjadi pelopor dalam mengemban ajaran Allah SWT, bahwa: “Islam adalah rahmat bagi sekalian alam”, yang di samping
dengan tetap menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah SWT, secara sosial
mereka akan senantiasa, antara lain, menjaga kelestarian, keselarasan, keharmonisan
di muka bumi ini.
Dominasi dalam arti positif , misalnya, dapat kita lihat dalam ajaran Islam di
mana hubungan antar manusia (hablum minannas) telah diatur sedemikian rapinya
sehingga dominasi pihak yang mayoritas, kuat, kaya, berpengaruh atau sejenisnya
harus diupayakan menjadi hal yang positif dan diridhai oleh Allah S.W.T. Dalam
pandangan Islam, orang atau kelompok orang yang dominan, kuat, kaya, atau
berpengaruh bisa saja melakukan dominasi tetapi harus dalam kerangka untuk
melindungi atau mengayomi pihak lain yang lemah. Orang kaya yang secara
ekonomi dominan harus melindungi atau mengayomi pihak yang miskin dengan
cara memberikan sedekah, santunan, zakat, pekerjaan atau sejenisnya. Dalam dunia
kerja hubungan antara majikan dan buruh dalam ajaran Islam tidak berimplikasi
pada dominasi majikan terhadap buruh, seperti yang diisyaratkan oleh sistem kelas
model kapitalisme.
Seperti diuraikan di atas, ajaran Islam menggariskan pola persaudaraan
sesama muslim, persaudaraan sesama warga bangsa, dan persaudaraan sesama
manusia. Dengan demikian jikalau kaum muslimin menjadi kekuatan yang dominan
maka tidak ada alasan bagi mereka untuk melakukan penindasan, penekanan,
intimidasi, perampasan hak atau sejenisnya terhadap kelompok lain yang lemah atau
minoritas. Sebab, ajaran Islam menunjukkan bahwa semua umat manusia di bumi
ini, tanpa memandang rasa, suku dan agama, adalah saudara.
Dalam pandangan Islam, jikalau terjadi dominasi yang mengarah pada penindasan,
intimidasi, pemaksaan, perampasan hak dan sejenisnya, berarti di sana terjadi pula
pengingkaran terhadap ajaran Islam bahwa : “Islam adalah rahmat bagi sekalian
alam”, dan terhadap hakikat manusia sebagai Allah S.W.T, yang antara lain untuk
menjaga kelestarian, keselarasan, keharmonisan di muka bumi ini
Hubungan Iman dan Amal Iman bukanlah sekadar suatu keyakinan dan pembenaran dalam hati terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. tetapi iman yang hakiki dan sebenar ialah merangkumi pembenaran dan keyakinan di dalam hati, pengucapan di lidah serta melaksanakan amalan dengan anggota badan iaitu melakukan amalan soleh, maka dengan ini dapatlah difahami iman itu bukanlah sekadar ucapan lidah dan keyakinan dalam hati sahaja tetapi amalan merupakan sebagai bukti kesempurnaan, keteguhan dan kemantapan iman seseorang. Imam al-Ghazali menjelaskan dalam hubungan ini dengan katanya: “Iman itu ialah akidah, perkataan dan perbuatan”. Dengan makna akidah itu sebagai membenarkan dan mepercayai dengan hati kepada segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. (perkara yang mudah (dharuri) dari agama). Perkataan adalah sebagai ikrar dan pengakuan dengan lisan dan perbuatan adalah sebagai beramal melaksanakan segala perintah Allah dengan anggota (badan yang lahir). Hadis Rasulullah saw. menguatkan adanya hubungan yang sangat erat di antara iman dan amal. dengan sabdanya sebagai berikut: Sabda Rasulullah saw. maksudnya: “Iman itu lebih dari enam puluh cabang; yang paling tingginya La-Ilaaha- Illallaah dan dan yang paling rendahnya membuang sampah dari tengah jalan”. (H.R.Bukhari) Hadis ini menyatakan dengan jelas perbuatan membuang sampah sebagai sebahagian dari iman. Ini bermkna iman itu jelas bukan sekadar keyakinan dan kepercayaan dalam hati tetapi ia juga merangkumi amal atau perbuatan manusia.
Pembagian Ibadah
Untuk memudahkan bahasan dan perbincangan kita berhubung dengan
ibadah ini, ulamak-ulamak Islam membahagikan ibadah kepada dua bahagian sebagai berikut:
1. Ibadah khusus
2. Ibadah Umum
Ibadah khusus ialah semua amalan yang tercantum dalam bab al-Ibadaat
yang utamanya ialah sembahyang, puasa, zakat dan haji.
Ibadah Umum pula ialah segala amalan dan segala perbuatan manusia serta
gerak-geri dalam kegiatan hidup mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Amalan yang dikerjakan itu di akui oleh syarak dan sesuai dengan Islam.
2) Amalan tersebut tidak bercanggah dengan syariat, tidak zalim, khianat dan
sebagainya
3) Amalan tersebut dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata keranaAllah swt.
tidak riak, ujub dan um’ah.
4) Amalan itu hendaklah dikerjakan dengan sebaik-baiknya
5) Ketika mengerjakan amalan tersebut tidak lalai atau mengabaikan kewajipan
ibadah khusus seperti sembahyang dan sebagainya.
Firman Allah swt. maksudnya:
“Lelaki yang tidak dilalaikan mereka oleh perniagaan atau jual beli dari
mengingati Allah, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat mereka takut
kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang”. (An-
Nur: 37)
Amalan-Amalan yang Tidak Menjadi Ibadah
Dilihat dari syarat-syarat di atas, nampaklah kepada kita bahawa sesuatu
amalan yang dikerjakan oleh seseorang begitu sukar sekali untuk mencapai
kesempurnaan dalam makna ibadah dengan ertikata yang sebenar-benarnya
mengikut syarat-syarat dan ketentuan tersebut di atas, oleh itu kita hendaklah
bersungguh-sungguh dalam mengusahakan amalan kita supaya dapat mencapai
matlamat ibadah yang sempurna dengan menyempurnakan segala syarat-syaratnya.
Dan kita hendaklah sentiasa meneliti dan memperhatikan dengan sungguh- sungguh agar kita tidak tertipu dengan amalan kita sendiri; dengan menyangka kita
telah banyak melaksanakan amal ibadah dengan sempurna tetapi pada hakikatnya
tidak demikian, kita takut akan tergolong ke dalam golongan manusia yang tertipu
dan sia-sia amalan kita dan apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah. Ini kerana
kita melakukan amalan dan kerja-kerja kebajikan itu tidak menepati dan tidak selari
dengan ketentuan dan syarat-syarat ibadah dan amal soleh yang dikehandkki itu.
Dari itu disamping kita melaksanakan segala amalan zahir dengan sempurna
mengikut petunjuk dari Rasulullah saw. apa yang lebih penting lagi ialah kita
membetulkan amalan batin iaitu amalan hati supaya betul iaitu niat dengan ikhlas,
amalan itu semata-mata kerana Allah tidak kerana yang lain dari-Nya. Dan kita juga
hendaklah sentiasa menjaga keikhlasan hati kita ini dari penyakit-penyakit yang
boleh merusakannya seperti riak, ujub, sum’ah, takabur dan sebagainya.
Kesimpulan secara mudah ialah seorang lelaki yang memakai pakaian untuk
menutup aurat dari kain sutra, dan perempuan yang berpakaian meliputi badannya
tetapi masih menampakan susuk badannya masih lagi tidak dinamakan ibadah, atau
seorang menderma dengan tujuan supaya dipuji dan digelar sebagai dermawan atau
seorang yang rajin bersembahyang dengan niat tujuan supaya digelar sebagai ahli
ibadah oleh manusia; itu semua tidak termasuk dalam makna ibadah yang diterima
oleh Allah swt.
Dengan demikian jelaslah kepada kita segala amalan yang tidak memenuhi
syarat-syarat di atas itu tidak dikira sebagai ibadah. Niat dan tujuan serta matlamat
adalah sangat penting dalam sesuatu amalan di samping amalan tersebut tidak
bercanggah serta diakui sah oleh syariat Islam.
Matalamat dan Tujuan Ibadah
Sebagaimana kita ketahui dan maklum bahawa pengutusan manusia ke dunia ini
tidak lain melainkan untuk beribadah (memperhambakan diri) kepada al-Khaliq,
Allah Yang Maha Pencipta dan juga kita telah mengetahui bahawa pengertian ibadah dalam Islam merangkumi semua bidang amalan dalam kehidupan manusia.
Dan di sini timbul pertanyaan kenapa kita mengabdi menyembah Allah dan apakah
matlamat ibadah itu ? Apakah ada faedah untuk-Nya atau apa faedah yang boleh
didapati oleh seseorang hamba yang menyembah-Nya ?
Jawapannya ialah bahawa Allah swt. Yang Maha Suci dan Maha Tinggi tidak
mendapat sebarang faedah dari ketaatan orang yang menyembah-Nya dan tidak
memberi mudarat sedikitpun dari keengganan orang yang menentang dan engkar
kepada perintah-Nya.
Begitu juga tidak menambahkan kuasa keagungan pemerintahan-Nya oleh puji-
pujian orang yang memuji-Nya dan tidak mengurangi keagungan kekuasaan-Nya
oleh keengkaran orang-orang yang mengengkari perintah-Nya.
Ini kerana Allah Maha Kaya dan mempunyai segala-galanya kerana semua yang ada
di alam ini menjadi milik-Nya belaka sedangkan kita manusia adalah satu dari
makhluk Allah yang banyak itu, makhluk manusia ini terlalu kecil, hina dan miskin,
serba kekurangan dan sentiasa berhajat dan memerlukan kepada-Nya.
Allah, Dialah Tuhan Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Penyayang serta bersifat
Maha Memberi kepada semua makhuk-Nya dan Dia tidak menyuruh kita
mengerjakan sesuatu melainkan perkara itu mendatangkan kebaikan bagi makhluk
itu sendiri.
Firman Allah swt. maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada
Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur,
sebenarnya dia bersyukur dagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar,
sesungghnya Allah Maha Kaya lagi Terpuji”. (Luqman: 12)
Dari itu kita wajiblah mensyukuri segala nikmat dan kurniaan Allah swt.
kepada kita semua yang mana sekiranya kita hendak menghitugnya sudah tentu kita
tidak mampu untuk berbuat demikian, begitulah besar dan banyaknya pemberian
Allah kepada kita semua sebagai makhluk-Nya.
Kelazatan Bermunajat dan Mentaati Allah Kelazatan beribadah ini dapat digambarkan dari beberapa peristiwa yang berlaku kepada baginda Rasulullah saw. para sahabat, tabi’in dan para solihin, kelazatan ini akan timbul apabila adanya hubungan hamba dengan Tuhannya yang begitu erat dan di mana seorang hamba begitu gembira dan begitu senang memuji- muji kebesaran Allah swt. ini semua berlaku dari sebab makrifat-nya (kenalnya) seseorang hamba itu kepada Tuhannya sehingga hamba itu merasa rindu apabila ia tidak dapat menghadap Tuhannya, dan merasa gelisah kerana tidak dapat bertemu dengan yang dicintai dan dikasihinya. B begitu juga apabila seorang hamba mengalami sedikit kesusahan tentulah ia akan mengadu ketempat yang dapat menerima pengaduan dan boleh menyelesaikan masalah dan kesusahannya. Tiada tempat yang layak untuk berbuat demikian melainkan kepada Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa. Firman Allah swt. maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami mengetahui bahawa engkau (Muhammad) bersusah hati dengan apa yang mereka katakan maka hendaklah engkau bertasbih memuji Tuhanmu serta jadilah dari golongan orang-orang yang sujud beribadah dan sembahlah Tuhanmu sehingga tiba kepadmu perkara yang tetap (iaitu mati)”. (al- Hijr: 97-99) Begitu juga di waktu orang-orang mukmin mendapat kurnia ia bersyukur seterusnya memuji kepada Allah swt. Firman Allah swt. maksudnya: “Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan (pembukaan Makkah) dan engkau lihat manusia berduyun-duyun masuk agama Allah swt. maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia suka menerima taubat”. (an-Nasr: 1-4)
Ibadah Hanya Untuk Allah Pada hakikatnya pengabdian terhadap Allah swt. merupakan suatu kebebasan yang hakiki, jalan bagi mencapai kepada ketuannan yang sejati, kerana Allahlah yang boleh membebaskan hati nurani manusia dari perhambaan kepada sebarang makhluk dan memerdekakannya dari perhambaan dan kehinaan serta tunduk kepada yang lain dari Allah seperti tunduk kepada Tuhan-Tuhan palsu, berhala, manusia yang selalunya memperhamba dan mengongkong keyakinan manusia dengan sekuat-kuatnya miskipun pada lahirnya mereka bertindak seperti tuan yang bebas dan merdeka. Penghambaan diri kepada Allah itu membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kerana dalam hati manusia ada keperluan sejati kepada Allah, kepada Tuhan yang disembah yang mana dia bergantung kepadanya dan berusaha serta bekerja untuk mencapai keredaan-Nya. Jika yang disembah itu bukan Allah Yang Maha Esa tentulah manusia akan meraba-raba meyembah bermacam-macam Tuhan dari setiap objek benda dan khayalan yang ada dalam pemikiran dan yang berada di sekeliling mereka. Tidak ada sesuatu pekerjaan yang paling mulia bagi manusia yang berakal selain dari beribadah menyembah Allah yang menciptanya dan menjadikan dirinya dengan sebaik-baiknya dan perkerjaan yang seburuk-buruknya kepada seorang manusia itu pula ialah menafi dan mendustakan Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka menyembah dan mengabdikan diri mereka kepada Tuhan yang lain dari Allah swt. Seorang hamba abdi yang taat kepada tuannya tentulah akan merasa senang dan gembira kerana ia tahu apa yang disukai oleh tuannya lalu disempurnakannya suruhan itu dengan segala senang hati dan disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Manakala seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa orang tuan selalu bertelingkah antara sesama mereka; yang satu menyuruh hamba itu melakukan sesuatu yang ditegah oleh yang lain, maka alangkah susah dan deritanya hamba tersebu itu untuk melakukan perintah-perintah Tuhan yang saling bertentangan perintahnya antara satu Tuhan dengan Tuhan yang lain.
Kalau orang yang menyembah selain dari Allah menjadi musyrik (kafir di- sebabkan
ia melakukan perbuatan syirik), maka begitulah juga orang yang takabur menjadi
musyrik (orang syirik), sebagaimana Firaun kerana kesombongan dan takaburnya,
sebagaimana firman Allah swt. bermaksudnya:
“Nabi Musa as. berkata: “Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan
Tuhan kamu daripada perbuatan orang yang takabur yang tidak percaya hari
Perhitungan”, demikianlah Allah meterikan setiap hati orang yang takabur lagi
bermaharajalela”. (al-A’raf: 27)
Kajian menunjukan bahawa semakin besar keangkuhan seseorang yang
enggan tunduk dan patuh beribadah (mengabdi diri) kepada Allah, semakin besar
kesyirikannya dengan Allah, Kerana menurut kebiasaannya semakin banyak takabur
tidak mahu menyembah Allah semakin bertambahlah pergantungan manusia itu
terhadap makhluk yang dicintainya yang menjadi pujaan utama bagi hatinya; yang
demikian mereka akan menjadi musyrik dengan sebab menjadikan dirinya hamba
(menyembah) kepada selain dari Allah swt.
Hati atau keyakinan manusia tidak akan terlepas dari perhambaan kepada
makhluk kecuali mereka menjadikan Allah sebagai Tuhannya yang sebenar dan
sejati, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, tiada tempat bergantung dan
meminta pertolongan melainkan dari-Nya, Tidak merasa gembira melainkan dengan
apa yang disukai dan diredai-Nya, Tidak ia benci melainkan apa yang dibenci oleh
Allah, tidak ia memusuhi kecuali orang yang Allah memusuhinya, tidak ia kasih
melainkan kepada orang yang di kasihi oleh Allah, tidak ia memberi kecuali kerana
Allah dan tidak ia melarang kecuali kerana Allah.
Semakin tulus keikhlasan seseorang itu kepada Allah maka semakin
sempurnalah ubudiyahnya (perhambaanya) kepada Allah dan terlepas dari
pergantungannya kepada sesama makhluk, dengan sempurna ubudiyahnya kepada
Allah maka sempurnalah kesuciannya dari sifat syirik.
Tidak Harus Kepentingan Dunia Dijadikan Tujuan Ibadah
Samasekali tidak sesuai dengan tujuan Islam yang suci di mana tujuan atau
kepentingan dunia menjadi matlamat dalam amalan atau ibadah seseorang, ataupun
kepentingan dunia atau faedah-faedah dunia menjadi pendorong seseorang untuk
melakukan printah ibadah kepada Allah swt.
Begitu juga kalau tujuan beramal dan beribadah kepada Allah swt. untuk
mendapatkan kesucian jiwa dan dengan itu dapat mengembara ke alam arwah dan
dapat melihat malaikat serta dapat melakukan sesuatu yang luar biasa, mendapat
keramat (kemuliaan) dan ilmu ladunni.
Semuanya ini disangkal oleh para ulamak dengan katanya: “Yang demikian
adalah terkeluar daripada jalan ibadah, Ia merupakan ramalan kepada ilmu atau
perkara ghaib, malah akan menjadi ibadah kepada Allah itu sebagai jalan menuju ke
arah demikian yang mana pada akhirnya lebih hampir kepada meninggal
ibadah.”Orang-orang yang beribadah dengan maksud yang demikian termasuk di
bawah pengertian ayat al-Quran yang maksudnya:
“Sebagian daripada manusia yang menyembah Allah secara tidak tetap, bila
mendapat kebaikan dia teruskan dan bila terkena kesusahan dia berpaling tadah.
Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Itulah kerugian yang amat nyata”. (al-Hajj: 11)
Begitulah keadaan orang yang beribadah dengan tujuan mendapatkan faedah-faedah
dunyawi jika sampai dan berhasil tujuan dan kehendaknya bergembiralah dia dan
kuatlah tujuannya tetapi lemahlah ibadahnya jika tujuannya tidak berhasil dia
meninggalkan ibadah itu.
Rahasia-rahasia ibadah
a. Gerakan Shalat
Adalah ibadah shalat yang secara khusus yang perintahnya melalui sebuah
peristiwa yang sangat luar biasa yang dikenal dengan quot;ISRA’ Mi’ RAJ yang
kisahnya sebagian dilukiskan dalam QS Al Isra’ ayat 1. Berbeda dengan ibadah-ibadah yang lain.
Perintah shalat terjadi tanpa diutusnya Malaikat Jibril turun ke
bumi melainkan Nabi Muhammad SAW sendiri hadir bertemu di ArsyNya Allah
SWT.dzat yang sedang disembah.
Sebegitu pentingnya shalat ini sampai Allah memberikan manfaat lebih di
banding ibadah-ibadah lain, baik dari segi kejiwaan maupun dari segi fisik, apabila
shalat itu dilakukan dengan sempurna.
Sebelum menyentuh makna bacaan shalat yang luar biasa, termasuk aspek
quot;olah rohaniquot; yang dapat melahirkan ketenangan jiwa. Secara gerakan shalat yang
dicontohkan Rasulullah SAW syarat akan hikmah dan bermanfaat bagi kesehatan.
Syaratnya, semua gerakan tersebut dilakukan dengan benar, thuma’ninah serta
istiqamah (terus-menerus).
Dalam buku Mukjizat Gerakan Shalat (Qultum Media, 2005). Madyo
Wratsongko mengung-kapkan bahwa gerakan shalat dapat melenturkan urat saraf,
mengaktifkan sistem keringat dan sistem pemanas tubuh. Membiasakan pembuluh
darah halus di otak mendapatkan tekanan tinggi, serta membuka pembuluh darah di
bagian dalam tubuh (arteri jantung).
Sehingga analisa kebenaran Rasulullah SAW dalam kisah diatas
pendahuluan tadi quot;jika engkau berdiri untuk melakukan shalat, maka bertak-birlahquot;.
Saat takbiratul ikhram, Nabi Muhammad SAW mengangkat kedua tangannya sejajar
dengan bahu (H.R. Bukhari). Di hadits lain sejajar dengan telinga. Gerakan takbir
(takbiratul ikhram) ini dilakukan selanjutnya ketika rukuk dan ketika bangkit dari
rukuk, apa maknanya? Maka kita otomatis dada, memberikan aliran darah dari
pembuluh balik yang terdapat di lengan untuk dialirakan ke bagian otak pengatur
keseimbangan tubuh, membuka mata dan membuka telinga kita, sehingga
keseimbangan tubuh terjaga.
quot;Rukuklah dengan tenangquot; (thuma’ninah). Ketika ruku, Rasulullah SAW,
meletakkan kedua telapak tangan di atas lutut (H.R. Bukhari dari Sa’adib nu Abi
Waqas).
Apa maknanya? Rukuk yang dilakukan dengan tenang dan maksimal, dapat
merawat kelenturan tulang belakang yang berisi sumsum tulang belakang (sebagai
saraf sentral manusia) beserta aliran darahnya. Rukuk juga dapat memelihara
kelenturan tuas sistem keringat yang terdapat punggung, paha dan betis belakang.
Demikian pula tulang leher, tengkuk dan saluran saraf memori dapat dijaga dengan
mengangkat kepala secara maksimal dengan mata menghadap ketempat sujud.
quot;Lalu bangunlah hingga engkau berdiri tegakquot; apa maknanya? saat kita
berdiri dari rukuk dengan mengangkat kedua tangan (i’tidal) darah dari kepala akan
turun kebawah, sehingga pangkal otak yang mengatur keseimbangan berkurang
tekanannya.
quot;Selepas itu sujudlah dengan tenangquot; apa maknanya? Bila dilaksanakan
dengan benar dan lama. Sujud dapat memaksimalkan aliran darah dan oksigen ke
otak atau kepala, termasuk ke mata, telinga, leher dan pundak, serta hati. Cara
seperti ini efektif untuk membongkar sumbatan pembuluh darah di jantung,
sehingga dapat meminimalisir resiko jantung koroner.
quot;Kemudian bangunlah hingga engkau duduk dengan tenangquot;. Apa
maknanya? Cara duduk diantara dua sujud dapat menyeimbangkan ubuh kita. Selain
itu, juga dapat menjaga kelenturan saraf di bagian paha dalam, cekungan lutut,
cekungan betis sampai jari-jari kaki.
Akhirnya marilah kita contoh seoptimal mungkin perilaku abi Muhammad
SAW, termasuk cara shalatnya insya Allah pasti membawa kebaikan.
b. Rahasia Puasa
Sebagai muslim yang sejati, kedatangan dan kehadiran Ramadhan yang
mulia pada tahun ini merupakan sesuatu yang amat membahagiakan kita. Betapa
tidak, dengan menunaikan ibadah Ramadhan, amat banyak keuntungan yang akan
kita peroleh, baik dalam kehidupan di dunia maupun di akhirat kelak.
Disinilah letak pentingnya bagi kita untuk membuka tabir rahasia puasa sebagai
salah satu bagian terpenting dari ibadah Ramadhan.
Dr. Yusuf Qardhawi dalam kitabnya Al Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima
rahasia puasa yang bisa kita buka untuk selanjutnya bisa kita rasakan
kenikmatannya dalam ibadah Ramadhan.
a.Menguatkan Jiwa.
Dalam hidup hidup, tak sedikit kita dapati manusia yang didominasi oleh hawa
nafsunya, lalu manusia itu menuruti apapun yang menjadi keinginannya meskipun
keinginan itu merupakan sesuatu yang bathil dan mengganggu serta merugikan
orang lain. Karenanya, di dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu
dalam arti berusaha untuk bisa mengendalikannya, bukan membunuh nafsu yang
membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi.
Manakala dalam peperangan ini manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar
akan terjadi karena manusia yang kalah dalam perang melawan hawa nafsu itu akan
mengalihkan penuhanan dari kepada Allah Swt sebagai Tuhan yang benar kepada
hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan. Allah
memerintahkan kita memperhatikan masalah ini dalam firman-Nya yang artinya:
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat
berdasarkan ilmu-Nya (QS 45:23).
Dengan ibadah puasa, maka manusia akan berhasil mengendalikan hawa nafsunya
yang membuat jiwanya menjadi kuat, bahkan dengan demikian, manusia akan
memperoleh derajat yang tinggi seperti layaknya malaikat yang suci dan ini akan
membuatnya mampu mengetuk dan membuka pintu-pintu langit hingga segala
do’anya dikabulkan oleh Allah Swt, Rasulullah Saw bersabda yang artinya:
Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak do’a mereka: orang yang berpuasa
hingga berbuka, pemimpin yang adil dan do’a orang yang dizalimi (HR. Tirmidzi).
b.Mendidik Kemauan. Puasa mendidik seseorang untuk memiliki kemauan yang sungguh-sungguh dalam kebaikan, meskipun untuk melaksanakan kebaikan itu terhalang oleh berbagai kendala. Puasa yang baik akan membuat seseorang terus mempertahankan keinginannya yang baik, meskipun peluang untuk menyimpang begitu besar. Karena itu, Rasulullah Saw menyatakan: Puasa itu setengah dari kesabaran. Dalam kaitan ini, maka puasa akan membuat kekuatan rohani seorang muslim semakin prima. Kekuatan rohani yang prima akan membuat seseorang tidak akan lupa diri meskipun telah mencapai keberhasilan atau kenikmatan duniawi yang sangat besar, dan kekuatan rohani juga akan membuat seorang muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.
c.Menyehatkan Badan.
Disamping kesehatan dan kekuatan rohani, puasa yang baik dan benar juga akan
memberikan pengaruh positif berupa kesehatan jasmani. Hal ini tidak hanya
dinyatakan oleh Rasulullah Saw, tetapi juga sudah dibuktikan oleh para dokter atau
ahli-ahli kesehatan dunia yang membuat kita tidak perlu meragukannya lagi. Mereka
berkesimpulan bahwa pada saat-saat tertentu, perut memang harus diistirahatkan
dari bekerja memproses makanan yang masuk sebagaimana juga mesin harus
diistirahatkan, apalagi di dalam Islam, isi perut kita memang harus dibagi menjadi
tiga, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk udara.
d.. Mengenal Nilai Kenikmatan.
Dalam hidup ini, sebenarnya sudah begitu banyak kenikmatan yang Allah berikan
kepada manusia, tapi banyak pula manusia yang tidak pandai mensyukurinya. Dapat
satu tidak terasa nikmat karena menginginkan dua, dapat dua tidak terasa nikmat
karena menginginkan tiga dan begitulah seterusnya. Padahal kalau manusia mau
memperhatikan dan merenungi, apa yang diperolehnya sebenarnya sudah sangat
menyenangkan karena begitu banyak orang yang memperoleh sesuatu tidak lebih
banyak atau tidak lebih mudah dari apa yang kita peroleh.
Maka dengan puasa, manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan
merenungi tentang kenikmatan yang sudah diperolehnya, tapi juga disuruh
merasakan langsung betapa besar sebenarnya nikmat yang Allah berikan kepada
kita. Hal ini karena baru beberapa jam saja kita tidak makan dan minum sudah
terasa betul penderitaan yang kita alami, dan pada saat kita berbuka puasa, terasa
betul besarnya nikmat dari Allah meskipun hanya berupa sebiji kurma atau seteguk
air. Disinilah letak pentingnya ibadah puasa guna mendidik kita untuk menyadari
tinggi nilai kenikmatan yang Allah berikan agar kita selanjutnya menjadi orang yang
pandai bersyukur dan tidak mengecilkan arti kenikmatan dari Allah meskipun dari
segi jumlah memang sedikit dan kecil.
Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari
segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya, Allah berfirman yang artinya: Dan
(ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: quot;Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasati Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih (QS 14:7).
e.Mengingat dan Merasakan Penderitaan Orang Lain.
Merasakan lapar dan haus juga memberikan pengalaman kepada kita
bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Sebab pengalaman lapar
dan haus yang kita rasakan akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam,
sementara penderitaan orang lain entah kapan akan berakhir. Dari sini, semestinya
puasa akan menumbuhkan dan memantapkan rasa solidaritas kita kepada kaum
muslimin lainnya yang mengalami penderitaan yang hingga kini
masih belum teratasi, seperti penderitaan saudara-saudara kita di Ambon atau
Maluku, Aceh dan di berbagai wilayah lain di Tanah Air serta yang terjadi di
berbagai belahan dunia lainnya seperti di Chechnya, Kosovo, Irak, Palestina dan
sebagainya.
Oleh karena itu, sebagai simbol dari rasa solidaritas itu, sebelum Ramadhan
berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat agar dengan demikian setahap
demi setahap kita bisa mengatasi persoalan-persoalan umat yang menderita.
Bahkan zakat itu tidak hanya bagi kepentingan orang yang miskin dan menderita, tapi juga bagi kita yang mengeluarkannya agar dengan demikian, hilang kekotoran jiwa kita yang berkaitan dengan harta seperti gila harta, kikir dan sebagainya. Allah berfirman yang artinya: Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendo’alah untuk mereka. Sesungguhnya do’a kamu itu (menjadi) ketentraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (QS 9:103).
Rahasia Zakat
Zakat merupakan ibadah yang memiliki dimensi ganda, trasendental dan horizontal.
Oleh sebab itu zakat memiliki banyak arti dalam kehidupan ummat manusia,
terutama Islam. Zakat memiliki banyak hikmah, baik yng berkaitan dengan Sang
Khaliq maupun hubungan sosial kemasyarakatan di antara manusia, antara lain :
1. Menolong, membantu, membina dan membangun kaum dhuafa yang lemah
papa dengan materi sekedar untuk memenuhi kebutuhan pokok hidupnya.Dengan
kondisi tersebut mereka akan mampu melaksanakan kewajibannya terhadap Allah
SWT
2. Memberantas penyakit iri hati, rasa benci dan dengki dari diri orang-orang di
sekitarnya berkehidupan cukup, apalagi mewah. Sedang ia sendiri tak memiliki apa-
apa dan tidak ada uluran tangan dari mereka (orang kaya) kepadanya.
3. Dapat mensucikan diri (pribadi) dari kotoran dosa, emurnikan jiwa
(menumbuhkan akhlaq mulia menjadi murah hati, peka terhadap rasa kemanusiaan)
dan mengikis sifat bakhil (kikir) serta serakah. Dengan begitu akhirnya suasana
ketenangan bathin karena terbebas dari tuntutan Allah SWT dan kewajiban
kemasyarakatan, akan selalu melingkupi hati.
4. Dapat menunjang terwujudnya sistem kemasyarakatan Islam yang berdiri atas
prinsip-prinsip: Ummatn Wahidan (umat yang satu), Musawah (persamaan derajat,
dan dan kewajiban), Ukhuwah Islamiyah (persaudaraan Islam) dan Takaful Ijti'ma (tanggung jawab bersama)
5. Menjadi unsur penting dalam mewujudakan keseimbanagn dalam distribusi
harta (sosial distribution), dan keseimbangan tanggungjawab individu dalam
masyarakat
6. Zakat adalah ibadah maaliyah yang mempunyai dimensi dan fungsi sosial
ekonomi atau pemerataan karunia Allah SWT dan juga merupakan perwujudan
solidaritas sosial, pernyataan rasa kemanusian dan keadilan, pembuktian
persaudaraan Islam, pengikat persatuan ummat dan bangsa, sebagai pengikat bathin
antara golongan kaya dengan yang miskin dan sebagai penimbun jurang yang
menjadi pemisah antara golongan yang kuat dengan yang lemah
7. Mewujudkan tatanan masyarakat yang sejahtera dimana hubungan seseorang
dengan yang lainnya menjadi rukun, damai dan harmonis yang akhirnya dapat
menciptakan situasi yang tentram, aman lahir bathin. Dalam masyarakat seperti itu
takkan ada lagi kekhawatiran akan hidupnya kembali bahaya komunisme 9atheis)
dan paham atau ajaran yang sesat dan menyesatkan. Sebab dengan dimensi dan
fungsi ganda zakat, persoalan yang dihadapi kapitalisme dan sosialisme dengan
sendirinya sudah terjawab. Akhirnya sesuai dengan janji Allah SWT, akan
terciptalah sebuah masyarakat yang baldatun thoyibun wa Rabbun Ghafur.
Kesimpulan Sebagaimana yang telah kita faham sebelum ini runglingkup ibadah itu adalah terlalu luas sebagaimana yang telah dijelaskan iaitu ibadah merupakan semua kegiatan hidup manusia itu sendiri yang sesuai dengan syariat Islam yang suci dan murni itu, oleh itu bolehlah difaham ibadah dalam Islam bermula sejak dari adab- adab masuk ketandas mengerjakan qadha’ hajat hinggalah sampai kepada bagaimana cara mengurus kewangan dan mentadbir negara. Kegiatan hidup manusia ini akan termasuk ke dalam makna ibadah yang diberi ganjaran dan pembalasan pahala baik di akhirat apabila ia menepati dengan kehendak syarak, tidak menyeleweng dari kehendak dan ketentuan Allah swt. dikerjakan mengikut peraturan dan syarat-syaratnya, disertai pula dengan niat yang betul dan ikhlas semata-mata dilakukan kerana mencari keredaan Allah swt. tidak kerana yang lain dari-Nya, menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk- nunjuk), ingin dipuji dan terkenal sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai dan juga suka berbangga dengan memberi tahu kepada orang lain akan amal kebajikannya. Ia juga hendaklah menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan berbuat amal ibadah. Oleh itu ibadah dalam Islam bukanlah terhad kepada amalan-amalan ibadah yang ritual semata-mata seperti sembahyang, zikir, puasa, haji dan sebagainya yang disebut sebagai ibadah khusus, tetapi ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial, mencari rezki, sahinggalah kepada mengurus dan mentadbir negara; semuanya itu akan menjadi ibadah sekiranya ia dilakukan menurut cara dan kehendak Islam serta niat dari hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt.
Sourch
Tidak Ada Komentar Pada Artikel » KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
Post a Comment